Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nika watch face

Dah Tak Eksklusif, Semua Apple Watch Dengan watchOS9 Akan Dapat ‘Watch Face’ Nike

Diterbitkan September 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam pelancaran Apple Watch Series 8, SE 2 dan Ultra semalam, Apple juga memaklumkan bahawa kesemua Apple Watch yang menggunakan watchOS 9 kelak akan disediakan bersama watch face Nike.

Sebelum ini, hanya Apple Watch Nike Edition boleh menggunakan muka jam Nike. Hal ini nampaknya berubah dalam beberapa hari lagi kerana mereka yang menaik taraf ke watchOS 9 akan turut boleh menggunakan muka jam itu.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • Rasmi, Apple Watch Ultra - Sasar Aktiviti Lasak, Bateri Tahan 60 Jam Untuk RM3,799
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Apple Watch Series 8 Diumumkan - Dilengkapi 'Crash Detection', Sensor Suhu Baharu
  • Apple Watch SE Generasi Kedua Diperkenal Dengan Harga Lebih Murah
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga

Berikut siri Apple Watch yang akan menerima watchOS 9 dan muka jam Nike:

  • Apple Watch Series 4
  • Apple Watch Series 5
  • Apple Watch Series 6
  • Apple Watch Series SE
  • Apple Watch Series 7
  • Apple Watch Series 8
  • Apple Watch Series SE 2
  • Apple Watch Series Ultra

Sistem operasi watchOS 9 ini akan dilepaskan pada pengguna bermula 13 September 2022 waktu Malaysia. Dijangka pada jam1 pagi, sama waktu iOS 16 sedia dimuat turun.

Muka jam Nike antara yang digemari pengguna bukan saja kerana ada logo Nike terpampang pada jam tapi juga susunan dan antara muka nya yang ‘sporty’ dan bergaya.

Berita pastinya membawa khabar gembira untuk semua pengguna Apple Watch.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY