Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GT 50 Pro Media Alert KV

Infinix GT 50 Pro Akan Tiba Di Malaysia 5 Mei Ini

Diterbitkan April 27, 2026 oleh Amalina Athman

Infinix kini mengesahkan Infinix GT 50 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 5 Mei 2026.

Model ini hadir dengan seni bina HydroFlow Liquid Cooling, iaitu sistem penyejukan cecair yang direka untuk mengurangkan haba dengan lebih berkesan. Ia menggunakan sistem mikro-pam yang dikatakan terbesar dalam industri, dengan liputan penuh pada cip sebagai sumber haba utama.

Dari segi paparan, GT 50 Pro menyokong teknologi Native 144FPS yang menawarkan pengalaman lebih lancar untuk permainan seperti Mobile Legends, Free Fire dan Call of Duty Mobile. Infinix menyatakan teknologi ini tidak bergantung kepada teknik tiruan untuk menghasilkan kelancaran, sebaliknya dioptimumkan pada tahap perkakasan.

Selain itu, peranti ini turut dilengkapi sistem Open-Cut Pressure-Sense GT Trigger yang menggunakan tekanan fizikal sebagai input kawalan. Selain untuk gaming, ia juga boleh digunakan sebagai pintasan untuk tangkap layar, rakam skrin, akses ciri pintar, buka aplikasi serta mengawal kamera.

Untuk maklumat lanjut mengenai Infinix GT 50 Pro, pengguna boleh melayari laman web serta media sosial rasmi Infinix Malaysia.

Berkaitan

  • Infinix NOTE 60 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,199
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY