Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix NOTE 60 Ultra Design by Pininfarina

Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina

Diterbitkan Mac 5, 2026 · Dikemas kini Mac 5, 2026 oleh ariff bukhari

Infinix NOTE 60 Ultra kini rasmi selepas dilancarkan di MWC 2026 Barcelona yang merupakan sebuah telefon pintar premium pertama jenama itu.

Direka bersama Pininfarina, firma reka bentuk terkenal dari Itali sejak 1930,Infinix NOTE 60 Ultra menampilkan rekaan unibody aluminium dengan modul kamera Uni-Chassis tanpa bonggol tradisional.

Telefon ini hadir dalam empat warna elegan dan menonjol dengan paparan notifikasi tersembunyi serta pencahayaan unik.

Infinix NOTE 60 Ultra family
NOTE 60 Ultra tersedia dalam empat warna: Torino Black, Monza Red, Amalfi Blue dan Roma Silver.

Antara spesifikasi utamanya termasuklah sistem kamera yang terdiri daripada sensor utama 200MP Samsung ISOCELL HPE, lensa telefoto 50MP dengan keupayaan zoom sehingga 100× dan lensa ultra-lebar 112°.

Ia akan tersedia dalam satu varian sahaja iaitu RAM 12GB, storan 256GB dan eSIM terbina.

Dari segi bateri, ia menggunakan teknologi silikon-karbon 7000mAh dengan fungsi “self-healing”, menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8400 Ultimate, ia dilengkapi paparan 1.5K HDR dengan kadar segar semula 144Hz dan audio JBL serta menjalankan perisian XOS 16 berasaskan Android 16.

Buat masa ini, Infinix belum mendedahkan harga jualannya lagi tapi ia dijangka akan memasuki Malaysia kerana pihak Infinix telah membuat preview awal kepada pihak media minggu lalu.

Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina
Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina
Telefon Pintar Premium Pertama Infinix, NOTE 60 Ultra Rasmi, Hasil Kerjasama Pininfarina
Infinix NOTE 60 Pro

 

Infinix NOTE 60 Pro sudah pun dilancarkan di Malaysia dengan harga jualan bermula RM1,199.

Berbeza dengan versi Ultra, Infinix NOTE 60 Pro dikuasakan oleh cip Snapdragon 7s Gen 4.

Berkaitan

  • Infinix NOTE 60 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,199
  • Huawei Mate 80 Pro Bakal Tiba Di Malaysia 12 Mac Ini
  • MacBook Neo Kini Rasmi - Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY