Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix NOTE 60 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,199

Infinix NOTE 60 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,199

Diterbitkan Februari 27, 2026 · Dikemas kini Februari 27, 2026 oleh Amalina Athman

Infinix secara rasmi kini melancarkan telefon pintar terbaru, Infinix NOTE 60 Pro, untuk pasaran Malaysia.

Infinix NOTE 60 Pro dilengkapi skrin 6.78-inci AMOLED 1.5K Ultra HDR dengan sokongan kadar segar semula 144Hz dan maksimum kecerahan 4,500 nits.

NOTE 60 Pro_8

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4 bersama konfigurasi memori sehingga 12GB RAM dan 256GB storan.

Bagi memastikan prestasi kekal konsisten, NOTE 60 Pro turut hadir dengan sistem penyejukan 3D IceCore Vapor Chamber yang telah dinaik taraf. Ia menggunakan kepingan tembaga setebal 0.36 mm untuk menyalurkan haba daripada cip pemproses ke ruang penyejukan.

NOTE 60 Pro_9
NOTE 60 Pro_01
NOTE 60 Pro_active matrix display

Pada bahagian belakang, terdapat Active Matrix Display dengan LED tersembunyi, yang hanya menyala apabila diaktifkan untuk paparan notifikasi pintar, animasi interaktif atau permainan mini. Pengguna juga boleh menyesuaikan paparan ini dengan tandatangan tersuai, emoji atau corak dinamik.

NOTE 60 Pro_02

Dari segi kamera, peranti ini dimuatkan kamera utama 50MP OIS Night Master dan 8MP ultra lebar, serta menyokong rakaman video 4K Ultra-Steady, Ultra HDR dan mod Live Photo.

NOTE 60 Pro dibekalkan kapasiti bateri 6,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W dan 30W wayarles. Ia juga hadir dengan teknologi bateri self-healing pertama dalam industri.

NOTE 60 Pro Infographic (Horizontal)

Peranti ini menjalankan sistem operasi XOS 16 berasaskan Android 16, serta menyokong kemas kini sistem operasi selama tiga tahun dan 5 tahun untuk tampalan keselamatan.

Solar Orange Landscape
Deep Ocean Blue Landscape
Mocha Brown Landscape
Mist Titanium Landscape

Empat pilihan warna ditawarkan termasuk Solar Orange, Deep Ocean Blue, Mocha Brown dan Mist Titanium. Lain-lain termasuk sokongan Infinix One-Tap AI, penarafan IP64, dua pembesar suara JBL dan sebagainya.

Harga dan ketersediaan

Infinix NOTE 60 Pro dijual pada harga RM1,199 (8GB+256GB) dan RM1,399 (12GB+256GB). Setiap pembelian turut didatangkan dengan XWatch H5 Pro percuma bernilai RM199, selagi stok masih ada, serta jaminan selama dua tahun.

NOTE 60 Pro_KV_Yuna_Solar Orange_H

Untuk pembelian, layari Laman Beli dan masukkan nama produk di bahagian carian.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY