Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia-studio-gpu-background-image-spec2-bb770_550-l (1)

Lonjakan 3,400% Import GPU Ke Malaysia Cetus Tanda Tanya Besar

Diterbitkan Mei 14, 2025 oleh Amsyar Latif

Malaysia mencatat lonjakan luar biasa dalam import cip grafik (GPU), dengan nilai mencecah USD 2.74 bilion pada April 2025. Ia merupakan kenaikan sebanyak 3,400% berbanding April tahun lalu.

Dalam hanya empat bulan pertama 2025, jumlah import GPU telah mencecah USD 6.45 bilion (~RM30 bilion), melebihi keseluruhan import sepanjang 2024.

Bermula Januari, import GPU ke Malaysia meningkat secara agresif:

  • Jan: $1.12b (naik 700%)
  • Feb: $627 juta
  • Mac: $1.96b
  • Apr: $2.74b (naik 3,400%)

Kebanyakan cip dipercayai model canggih seperti NVIDIA A100 dan H100, digunakan untuk AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi.

Peningkatan mendadak ini menimbulkan persoalan, adakah Malaysia dijadikan laluan transit ke China bagi mengelak sekatan eksport cip AI oleh Amerika Syarikat?

Kes penyeludupan serupa melalui Singapura telah berlaku, dan kini tumpuan beralih ke Malaysia selepas permintaan AS untuk kawalan eksport yang lebih ketat.

Walaupun nilai import ke Malaysia tinggi, NVIDIA tidak melaporkannya secara terus dalam laporan kewangan kerana hanya merekod lokasi bil pelanggan.

Ini membolehkan penghantaran sebenar ke Malaysia disembunyikan dari rekod rasmi biarpun negara ini menyumbang hampir 13% pendapatan suku pertama NVIDIA.

Situasi ini berlaku menjelang pelaksanaan dasar ‘AI Diffusion Rule’ oleh AS, yang menyekat eksport teknologi AI canggih.

Malaysia kini dalam perhatian, sama ada sebagai pembina kapasiti AI serantau, atau laluan belakang kepada China.

Walau bagaimanapun, adakah angka tersebut berubah pada masa akan datang? Ini kerana Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (DOC) secara rasmi membatalkan ‘AI Diffusion Rule’ yang diperkenalkan pentadbiran Biden – hanya beberapa hari sebelum ia dijadualkan berkuat kuasa.

Apa pun realitinya, lonjakan luar biasa ini memberi amaran jelas bahawa Malaysia kini di tengah geopolitik teknologi global, dengan impak besar kepada ekonomi digital, dasar luar dan reputasi negara.

Berkaitan

  • SNS Network Dan NVIDIA Pilih Cyberjaya Untuk Kilang AI Pertama Di Malaysia
  • Malaysia Rancang Ketatkan Pemantauan Aliran Cip Nvidia
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Nvidia Cari Jalan Selamat – Dilapor Reka Cip AI Baharu Yang Lulus Sekatan AS

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY