Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SNS NVIDIA

SNS Network Dan NVIDIA Pilih Cyberjaya Untuk Kilang AI Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Mac 7, 2025 ยท Dikemas kini Mac 7, 2025 oleh Amsyar Latif

SNS Network Technology Berhad (SNS Network) dengan kerjasama NVIDIA telah melancarkan perkhidmatan infrastruktur awan AI yang dikendalikan sepenuhnya di Malaysia. Perkhidmatan ini menggunakan 64 unit GPU NVIDIA Hopper dalam lapan pelayan Dell PowerEdge XE9680 (Kilang AI), disokong oleh rangkaian NVIDIA Quantum-2 InfiniBand dan perisian NVIDIA AI Enterprise.

Meningkatkan Penggunaan AI dalam Industri

Melalui konsep GPU-as-a-Service (GPUaaS), SNS Network menyediakan kilang AI untuk membantu syarikat tempatan mengadaptasi AI, selain membangunkan bakat dan industri AI melalui latihan dan projek rintis (Proof of Concept, POC).

Kilang AI ini terletak di Pusat Data KVDC TM di Cyberjaya dan diperuntukkan seperti berikut:

  • 50% kapasiti pengkomputeran untuk keperluan komersial
  • 50% lagi untuk latihan AI, POC, bootcamp dan hackathon

Perkhidmatan ini menyasarkan syarikat tempatan dan serantau, badan kerajaan, serta institusi akademik dalam pelbagai sektor seperti kewangan, pendidikan, runcit, telekomunikasi, pembuatan dan kesihatan.

Langganan Fleksibel & Penilaian AI

SNS Network menawarkan langganan GPUaaS yang fleksibel untuk memenuhi keperluan pelbagai organisasi, termasuk pilihan langganan bulanan, tahunan, serta tempahan kapasiti GPU sehingga tiga tahun.

  • Harga langganan bermula dari RM35,000 sebulan bagi setiap NVIDIA Hopper GPU
  • RM240,000 sebulan bagi satu pelayan Dell XE9680 yang mengandungi lapan GPU NVIDIA Hopper

Bagi membantu syarikat mempercepatkan penggunaan AI, SNS Network juga menyediakan AI Readiness Assessment dan POC, dengan sokongan daripada NVIDIA, bagi memberi panduan transisi kepada sistem AI secara lebih tersusun.

Kepentingan Kepada Malaysia

SNS NVIDIA

SNS Network menekankan bahawa hos tempatan perkhidmatan ini menjamin pemilikan data dan pematuhan kepada undang-undang keselamatan data Malaysia. Lebih penting lagi, ekosistem kilang AI ini selari dengan aspirasi Malaysia untuk menggalakkan inovasi, pembangunan bakat dan pembangunan AI yang beretika.

Menurut Pengarah Urusan SNS Network, Ko Yun Hung, inisiatif ini akan mendemokrasikan akses kepada AI dan memacu transformasi digital di Malaysia. SNS Network juga yakin bahawa kedudukan mereka sebagai peneraju awal dalam AI Factory akan memberi kelebihan dalam menangkap peluang pertumbuhan dalam ekosistem pusat data AI.

Dengan pelancaran perkhidmatan GPUaaS ini, SNS Network kini menawarkan infrastruktur AI canggih yang mampu menyokong perusahaan, kerajaan dan institusi pendidikan dalam membangunkan keupayaan AI dengan kos yang lebih fleksibel dan mudah diakses.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Cip, GPU 'Buatan Malaysia' Disasarkan Dalam Tempoh 5 Ke 10 Tahun Lagi - Rafizi
  • Kerjasama Arm, Malaysia - Ini Kesannya Terhadap Ekonomi Dan Rakyat Malaysia

Sumber: Siaran media SNS Network

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY