Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cip AI_

AS Buat ‘U-Turn’, Trump Batalkan Sekatan Cip AI Era Biden

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 15, 2025 oleh Amalina Athman

Setelah beberapa hari desas-desus, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (DOC) secara rasmi membatalkan ‘AI Diffusion Rule’ yang diperkenalkan oleh pentadbiran Biden – hanya beberapa hari sebelum ia dijadualkan berkuat kuasa.

Peraturan ini diumumkan pada Januari lalu, seminggu sebelum Biden tamat penggal, dan sepatutnya mula berkuat kuasa pada 15 Mei. Ia bertujuan mengehadkan eksport cip AI buatan AS ke pelbagai negara buat pertama kali, selain mengetatkan sekatan sedia ada.

Melalui peraturan ini, negara-negara di dunia dibahagikan kepada tiga kategori, dengan setiap kategori mempunyai tahap sekatan yang berbeza. Malaysia termasuk dalam Kategori Kedua, yang akan menghadapi had eksport cip tertentu.

“Pentadbiran Trump akan mengambil strategi yang berani dan inklusif untuk teknologi AI Amerika dengan negara-negara yang dipercayai di seluruh dunia, sambil memastikan teknologi ini tidak jatuh ke tangan musuh AS. Pada masa sama, kami menolak percubaan pentadbiran Biden untuk mengenakan dasar-dasar AI mereka yang tidak terancang dan tidak produktif ke atas rakyat Amerika.”

Sebagai ganti kepada peraturan yang dibatalkan, DOC telah mengeluarkan beberapa panduan baharu untuk industri. Antaranya termasuk menyatakan bahawa penggunaan cip Huawei Ascend di mana-mana sahaja di dunia adalah melanggar kawalan eksport AS.

Selain itu, ia turut memberi amaran tentang risiko membenarkan cip AI AS digunakan untuk melatih model AI di China, serta panduan melindungi rantaian bekalan cip daripada taktik penyalahgunaan.

Berkaitan

  • Sekatan Eksport Cip AI AS, Ini Kesan Kepada Malaysia Dan Dunia
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Nvidia Cari Jalan Selamat – Dilapor Reka Cip AI Baharu Yang Lulus Sekatan AS
  • Trump Dilapor Bakal Tarik Balik Sekatan Cip AI Era Biden, Ganti Dengan Dasar Baru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY