Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia us curb

Malaysia Rancang Ketatkan Pemantauan Aliran Cip Nvidia

Diterbitkan Mac 24, 2025 ยท Dikemas kini Mac 24, 2025 oleh Amalina Athman

Malaysia merancang untuk mengetatkan peraturan berkaitan semikonduktor susulan tekanan dari Amerika Syarikat bagi menghalang aliran cip Nvidia yang digunakan dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) ke China, lapor Financial Times.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan AS mendesak Malaysia untuk memantau dengan teliti pergerakan cip Nvidia yang memasuki negara ini, berikutan dakwaan banyak daripadanya berakhir di China.

(AS) meminta kami memastikan bahawa kami memantau setiap penghantaran yang masuk ke Malaysia apabila melibatkan cip Nvidia. Mereka mahu kami memastikan pelayan (server) sampai ke pusat data yang sepatutnya dan tidak dipindahkan secara tiba-tiba ke kapal lain.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu pasukan khas telah dibentuk bersama Menteri Digital Gobind Singh Deo, bagi memperketatkan peraturan dalam industri pusat data Malaysia.

Terdahulu, Tengku Zafrul menegaskan bahawa siasatan setakat ini tidak menemui sebarang bukti atau laporan yang menunjukkan pemindahan cip AI Nvidia dalam pelayan dari Singapura ke Malaysia sebagaimana yang didakwa.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • MITI Siasat Dakwaan Cip AI Nvidia Dipindahkan Dari Singapura Ke Malaysia
  • Malaysia Labur Lebih RM1 Bilion Untuk Akses Teknologi Cip ARM
  • Tiada Keputusan, Laporan Malaysia Terkait Kes Penipuan Cip AI Nvidia - Tengku Zafrul

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY