Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cip AI_

MITI Siasat Dakwaan Cip AI Nvidia Dipindahkan Dari Singapura Ke Malaysia

Diterbitkan Mac 3, 2025 · Dikemas kini Mac 24, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata ia sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan, dialihkan dari Singapura ke Malaysia.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kami mendapat butiran terperinci mengenainya,” kata kementerian itu menjawab pertanyaan media Malaysia mengenai dakwaan tersebut.

Pada Isnin, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura K Shanmugam dilaporkan berkata pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di negara itu mungkin mengandungi cip AI Nvidia, yang kemudiannyya dipindahkan ke Malaysia.

Beliau berkata pelayan yang terlibat dalam kes itu dibekalkan oleh Dell Technologies dan Super Micro Computer kepada syarikat yang berpangkalan di Singapura sebelum dipindahkan ke Malaysia.

Persoalannya ialah sama ada Malaysia adalah destinasi terakhir, atau, dari Malaysia, ia dihantar ke tempat lain, yang kita masih tidak pasti pada tahap ini. Tetapi kami berpandangan mungkin terdapat representasi palsu mengenai destinasi akhir pelayan itu.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Sekatan Eksport Cip AI AS, Ini Kesan Kepada Malaysia Dan Dunia
  • AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan
  • Tiada Keperluan Untuk Satu Negara Kawal Industri Cip - Pegawai Tertinggi Taiwan

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY