Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia company_

Nvidia Cari Jalan Selamat – Dilapor Reka Cip AI Baharu Yang Lulus Sekatan AS

Diterbitkan Mei 5, 2025 oleh Amsyar Latif

Nvidia dilaporkan sedang mereka bentuk semula cip AI khas untuk pasaran China, susulan larangan eksport terbaru dari kerajaan Amerika Syarikat. Ini termasuk cip H20, satu-satunya model AI Nvidia yang dibenarkan sebelum ini, yang kini turut disekat.

Syarikat itu kini dalam fasa awal pembangunan beberapa cip baharu yang direka khusus untuk mematuhi sekatan eksport AS, sambil mengekalkan akses ke pasaran besar seperti Alibaba, Tencent dan ByteDance.

Menurut laporan The Information, sampel awal cip-cip baharu ini dijangka siap seawal Jun, dan Nvidia juga sedang merancang versi “mesra sekatan” untuk cip generasi baharu mereka, Blackwell.

Usaha ini mencerminkan strategi Nvidia yang cuba bermain di dua gelanggang – patuh kepada undang-undang AS, tapi pada masa sama tak mahu lepaskan peluang pasaran AI bernilai tinggi di China.

Berkaitan

  • SNS Network Dan NVIDIA Pilih Cyberjaya Untuk Kilang AI Pertama Di Malaysia
  • NVIDIA Umum Harga Rasmi Dan Varian Superkomputer AI Terkecil Di Dunia
  • Malaysia Rancang Ketatkan Pemantauan Aliran Cip Nvidia
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya

Sumber: reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY