Terbaru, Evan Blass kini telah memuat naik imej yang didakwa sebagai OPPO Find X3 Pro.
Ia dimuatkan dengan tetapan empat kamera yang kelihatan seperti versi mirror iPhone 12 Pro Max, tetapi dengan rekaan yang lebih unik. Untuk menyesuaikan modul kamera yang menonjol, panel belakang direka dengan binaan yang unik. Sudah tentu, tidak semua akan menyukai rekaan ini walaupun ianya adalah berbeza daripada apa yang dilihat pada kebanyakan peranti sebelum ini.
Imej tersebut turut memperlihatkan Find X3 Pro dilengkapi paparan melengkung dengan butang kuasa di sisi kanan dan pelaras suara di sebelah kiri.
Menurut Evan Blass, peranti ini akan hadir dengan skrin berukuran 6.7-inci, resolusi 1440p, lensa makro dengan 25x zum. Antara lainnya adalah sokongan pengecasan SuperVOOC 2.0 dan sebagainya.
Sementara itu, Find X3 Pro dijangka hadir penghujung Mac atau awal April bersama Find X3 Neo dan Find X3 Lite.
Sumber: Voice via GizmoChina
Berkaitan
- Cara Tebus Baucar RM20 eWallet Program Jualan Malaysia
- iPhone 12 mini Mungkin Hadir Dengan Kapasiti Storan Bermula 64GB, Model 'Pro' Pada 128GB
- CD Projekt Red Tawar Bayaran Balik Bagi Pembelian Cyberpunk 2077 Di PlayStation Dan Xbox
- iPhone 14 Pro Max Ini Telah Diubah Suai Dengan Skrin Melengkung
- Berbaloi Ke Matikan ProMotion Untuk Jimat Bateri iPhone? Ini Mungkin Jawapannya
- Produk Xiaomi Kini Boleh Dibeli Melalui Laman Web, Promosi Serendah RM5.90
- MacBook Pro Dan MacBook Air Dengan 'Magic Keyboard' Dilapor Akan Dilancar Suku Kedua 2020
- Aplikasi Iman Pro Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun RM12.90
- iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Warna Merah Gelap
- Pelancaran PS5 Pro Makin Hampir, Sony Dilapor Minta Pembangun Buat Persiapan