iPhone 12 mini Mungkin Hadir Dengan Kapasiti Storan Bermula 64GB, Model 'Pro' Pada 128GB

Perkhabaran mengenai iPhone 12 silih berganti diperkatakan menjelang pelancarannya tidak lama lagi. Terbaru, maklumat mengenai kapasiti storan yang bakal dimuatkan pada peranti iOS itu mula muncul di media sosial.

Menurut Jon Prosser, model iPhone 12 mini dan iPhone 12 bakal dimuatkan dengan kapasiti storan yang bermula pada 64GB. Terdapat juga varian storan 128GB dan 256GB. Prosser menyatakan unit iPhone 12 ini akan diedarkan kepada pengedar sah bermula 5 Oktober depan.

Bagi iPhone 12 Pro dan Pro Max, Prosser mendakwa model ini akan dilengkapi storan yang bermula pada 128GB.

https://twitter.com/jon_prosser/status/1310795102051237889

Terdahulu, pelancaran iPhone 12 telah dikhabarkan akan berlangsung pada 13 Oktober 2020. Bagaimanapun, tiada pengesahan dari Apple bila acara pelancaran iPhone 12 akan berlangsung.

Apple dijangka akan mengumumkan tarikh pelancaran iPhone 12 tidak lama lagi. Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari Apple.

Sumber: Jon Prosser