Tidak dinyatakan saiz yang bakal hadir pada MacBook Pro, namun ia mungkin merujuk kepada model 14 inci yang telah didedahkan sebelum ini memandangkan MacBook Pro 16 inci baru dilancarkan 4 bulan lalu. Kemungkinan model 14 inci ini akan menggantikan MacBook Pro 13 inci yang akan dihentikan.
Pada masa ini, MacBook Pro dan MacBook Air 13 inci masih menggunakan papan kekunci butterfly yang mempunyai pelbagai isu seperti melekat atau kekunci yang tidak berfungsi selepas penggunaan yang berpanjangan, yang mendorong Apple memulakan program pembaikan percuma di seluruh dunia pada tahun 2018.
Oleh kerana satu dunia masih terkesan dengan penularan Covid-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik, operasi pengeluaran berkaitan MacBook mungkin akan mengalami sedikit kelewatan dan hanya akan bertambah baik pada penghujung Mac. Ia juga akan membuka jalan untuk pengeluaran MacBook Pro dan MacBook Air yang baru.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- Rasa Tak Selesa, Pengguna Mahu Pulangkan Semula Apple Vision Pro
- Pengguna Perlu Padam Akaun Instagram Jika Ingin Padam Profil Threads
- Google Lancar Ciri Seperti "Find My" Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian
- Semua Kedai Jualan Apple Di China Dibuka Kembali
- Sekali Lagi, iPhone 15 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Butang 'Solid-State'
- Laporan: iPhone 12 Pro Max Adalah Antara Peranti Terbaik Untuk Tahun 2021
- Apple Daftar Model Baru MacBook Di Eurasian Economic Commission
- Apple Watch Series 8 Diumumkan - Dilengkapi 'Crash Detection', Sensor Suhu Baharu
- Will Smith "Belanja" 2 Bulan Akses Percuma Apple TV+
- Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C