Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Tebus Baucar RM20 eWallet Program Jualan Malaysia

Cara Tebus Baucar RM20 eWallet Program Jualan Malaysia

Diterbitkan November 1, 2022 oleh Amalina Athman

Pada Ogos lalu, kerajaan telah mengumumkan inisiatif e-baucar Program Jualan Malaysia. Terbaharu, KPDNHEP memaklumkan rakyat Malaysia kini boleh menebus baucar tersebut melalui aplikasi MySales Tracker.

Berkaitan

  • Kerajaan Umum Inisiatif e-Baucar Program Jualan Malaysia Bermula 30 Ogos

Dimaklumkan, jumlah penebusan baucar RM20 eWallet adalah terhad dan bergantung kepada pengguna yang terawal, tanpa memerlukan sebarang pembelian.

Cara Tebus Baucar RM20 eWallet Program Jualan Malaysia

Berikut disediakan beberapa langkah untuk menebus baucar RM20 eWallet Program Jualan Malaysia.

1. Muat turun aplikasi MySales Tracker melalui Google Play Store atau App Store.

2. Buka aplikasi MySales Tracker dan pergi ke bahagian “PJM”. Seterusnya, tekan pada “E-BAUCAR”.

Cara Tebus Baucar RM20 eWallet Program Jualan Malaysia

3. Di bahagian maklumat pendaftaran, tekan pada “Daftar” dan isi maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit. Kemudian, tandakan pada bahagian perakuan dan klik “Daftar”. Setelah pendaftaran selesai, tekan “OK”.

Cara Tebus Baucar RM20 eWallet Program Jualan Malaysia

5. Seterusnya, klik pada“Tebus e-Baucar” dan pilih eWallet sama ada Boost atau TnG eWallet untuk penebusan kod tambah nilai dan tekan sekali lagi pada “Tebus e-Baucar”. Tandakan pada perakuan dan klik “Teruskan”.

Cara Tebus Baucar RM20 eWallet Program Jualan Malaysia

6. Anda akan diberikan kod tambah nilai. Sila salin dan masukkan kod yang diberikan dalam aplikasi eWallet yang dipilih untuk menebus tambah nilai RM20.

Cara Tebus Baucar RM20 eWallet Program Jualan Malaysia

Selesai. Perlu diingatkan penebusan kod tersebut adalah terhad dan bergantung kepada pengguna terawal yang berjaya mendaftar.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY