Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro Dark Red

iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Warna Merah Gelap

Diterbitkan Februari 24, 2023 · Dikemas kini Februari 24, 2023 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple kebiasaannya akan menampilkan warna khas bagi membezakan iPhone terbaharu dengan generasi sebelumnya. Terdahulu, iPhone 12 Pro tersedia dengan warna pacific blue, iPhone 13 Pro dengan warna sierra blue, manakala iPhone 14 Pro diperkenalkan dengan warna deep purple.

Berkaitan

  • Semua Model Siri iPhone 15 Mungkin Akan Sokong Ciri Dynamic Island
  • Ura-Ura: iPhone 15 Pro Mungkin Dilengkapi Kapasiti RAM Lebih Besar
  • Imej Komputer Didedahkan, Mungkin Ini Rekaan iPhone 15

Memetik sumber yang memberitahu 9to5Mac, iPhone 15 Pro yang akan dilancarkan tahun ini dijangka hadir dengan pilihan warna merah gelap, iaitu hampir dengan warna burgundy atau digambarkan sebagai warna dark sienna.

iPhone 15 Pro Dark Red_1

Seperti sedia maklum, Apple telah menggunakan binaan titanium dalam Apple Watch selama beberapa tahun, dengan menawarkan salutan warna Natural dan Space Black.

Khabar angin mengatakan Apple juga akan menggunakan binaan titanium untuk iPhone tahun ini, tapi terhad bagi model Pro. Dengan itu, menjadi persoalan untuk melihat bagaimana warna baharu akan terlihat pada binaan yang lebih premium.

#410D0D iPhone 15 Pro Dark Red
#410D0D

Sementara itu, model asas iPhone 15 dan iPhone 15 Plus mungkin akan tersedia dengan dua pilihan warna baharu, iaitu biru muda dan merah jambu.

iPhone 15 Pro_Blue
iPhone 15 Pro_Pink

Namun, pilihan warna ini boleh berubah memandangkan ianya masih terlalu awal dan Apple kebiasaannya akan menguji pelbagai warna berbeza sebelum ia dilancarkan.

 

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY