Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 Pro spekulasi

Pelancaran PS5 Pro Makin Hampir, Sony Dilapor Minta Pembangun Buat Persiapan

Diterbitkan April 16, 2024 · Dikemas kini April 16, 2024 oleh Amalina Athman

Sony nampaknya dalam persiapan untuk mengeluarkan konsol PS5 yang lebih berkuasa, berkemungkinan menjelang akhir tahun ini.

Setelah sebulan spesifikasi PlayStation 5 Pro tertiris, laporan The Verge kini mengesahkan bahawa bukan sahaja spesifikasi tersebut benar, tetapi Sony juga dikhabarkan telah memaklumkan kepada pembangun untuk memastikan permainan mereka dioptimumkan dengan perkakasan yang lebih berkuasa.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • PS5 Pro Dilapor Tiga Kali Lebih Pantas, Mungkin Hadir Tahun Ini
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan

Menurut laporan itu, sumbernya memberitahu Sony meminta pembangun untuk menambah baik sokongan ray tracing atau pengesanan sinar dalam permainan yang sudah tersedia atau akan datang ke PS5.

Dengan kod nama Trinity, model PS5 Pro akan menyertakan GPU yang lebih berkuasa dan mod CPU yang lebih pantas.

Pembangun dikatakan boleh menggunakan label “Trinity Enhanced” (PS5 Pro Enhanced) sekiranya ingin menyediakan peningkatan yang ketara dari segi pengesanan sinar dan sebagainya.

Jika pembangun dapat menyediakan permainan mereka tepat pada masanya, PS5 Pro mungkin akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

PS5 Pro spekulasi_2

Di sisi yang lain, video kebocoran PS5 Pro yang dimuat naik oleh saluran Moore’s Law is Dead sebelum ini telah pun dialih keluar oleh YouTube kerana tuntutan hak cipta oleh Sony Interactive Entertainment.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY