Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo find x3

OPPO Find X3 Pecah Rekod Skor AnTuTu Tertinggi

Diterbitkan Januari 5, 2021 oleh Amsyar Latif

OPPO dijangka akan melancarkan peranti andalan baharu mereka iaitu OPPO Find X3 pada suku pertama tahun ini. Terbaru, peranti ini sudah tertiris di platform ukur aras AnTuTu dimana ia memecahkan rekod skor tertinggi setakat ini.

Berdasarkan senarai daripada AnTuTu, OPPO Find X3 dengan nombor model OPPO PEEM00 menerima skor sebanyak 771,491 di AnTuTu yang mana skor paling tinggi berbanding peranti yang lain.

find x3 antutu

Tiada maklumat lain berkaitan spesifikasi bagi Find X3 tetapi ia dikatakan akan tampil dengan skrin berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Ia turut dilengkapi kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX766, 13MP telefoto dan 3MP makro.

Bateri sebesar 4500mAh dimuatkan dalam peranti ini dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0 dan 30W pengecasan tanpa wayar.

Dengan skor sebegitu, sudah pasti ia akan dijana cip Snapdragon 888 dan akan menjalankan antara muka ColorOS 11 berasaskan Android 11.

Sumber: mysmartprice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY