Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iman Pro_disc

Aplikasi Iman Pro Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun RM12.90

Diterbitkan November 19, 2020 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, isu aplikasi Muslim Pro telah ‘hangat’ diperkatakan. Walaupun begitu, pihak Muslim Pro telah menafikan dakwaan mengenainya. Namun mungkin, masih ramai pengguna mula mencari alternatif lain bagi menggantikan aplikasi tersebut.

Jika anda pengguna iOS, antara alternatif lain yang boleh anda gunakan adalah Iman Pro. Bagi yang belum tahu, Iman Pro merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, Muhammad Adiman.

Aplikasi Iman Pro Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun RM12.90
Harga asal
aplikasi Iman Pro
Harga selepas diskaun

Ia merupakan aplikasi berbayar dengan harga RM29.90. Pembayaran tersebut adalah sekali sahaja dan bukannya langganan secara bulanan. Terbaru, Iman Pro kini ditawarkan dengan potongan harga. Berbanding harga asal, ia kini boleh dibeli pada harga RM12.90.

Jika sebelum ini anda berkira-kira untuk mendapatkan aplikasi berbayar Iman Pro, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk anda mendapatkannya.

aplikasi Iman Pro
Aplikasi Iman Pro Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun RM12.90
Aplikasi Iman Pro Kini Ditawarkan Pada Harga Diskaun RM12.90
aplikasi Iman Pro

Melalui versi Pro, anda dapat menikmati fungsi tambahan seperti widget, sokongan Siri Shortcut, tema yang boleh diubahsuai, kemaskini lokasi secara latar belakang, dan lain-lain.

Akan tetapi, anda juga masih boleh mendapatkan aplikasi dari pembangun yang sama bagi versi percuma iaitu Iman. Menariknya, versi percuma juga ditawarkan tanpa sebarang iklan dalam aplikasi.

Untuk muat turun:

Muat turun aplikasi berbayar Iman Pro
Muat turun aplikasi percuma Iman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY