iPhone 14 Pro Max Ini Telah Diubah Suai Dengan Skrin Melengkung

Sebelum ini, kita sudah melihat iPhone yang diubah suai menjadi peranti boleh lipat. Terbaharu, iPhone 14 Pro Max dilapor telah diubah suai dengan paparan melengkung yang hampir kelihatan seperti peranti Samsung Galaxy.

{suggest}

Menurut MacRumors, seorang pengguna Twitter @lipilipsi yang mendakwa dirinya sebagai juruteknik perkakasan iPhone telah memuat naik video dan gambar iPhone 14 Pro Max dengan skrin melengkung.

Dinyatakan, pengubahsuaian itu hanya melibatkan penukaran bingkai tengah dan kemudiannya menambah paparan baharu. Komponen iPhone yang lain masih dikekalkan pada peranti itu.

https://twitter.com/lipilipsi/status/1597467469605933056

Melihat paparan melengkung itu mengingatkan pada peranti Samsung Galaxy, yang mempunyai paparan melengkung di tepi sisi mendatar kiri dan kanan sejak pelancaran Galaxy Note Edge pada 2014.

Rata-rata pengguna di Twitter menyatakan mereka kurang menggemari paparan melengkung yang diubah suai pada iPhone berkenaan. Bagaimanapun, setidak-tidaknya ia memberikan gambaran bagaimana rupa jika iPhone 14 Pro Max mempunyai skrin melengkung.

Apa pula kata anda mengenainya?

Gambar utama: lipilipsi

Sumber: MacRumors