Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cyberpunk 2077 refund

CD Projekt Red Tawar Bayaran Balik Bagi Pembelian Cyberpunk 2077 Di PlayStation Dan Xbox

Diterbitkan Disember 14, 2020 ยท Dikemas kini Disember 14, 2020 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, CD Projekt Red (CDPR) telah melancarkan permainan video Cyberpunk 2077, yang merupakan permainan paling dinanti-nantikan pada tahun ini. Namun, setelah dilancarkan, permainan tersebut mempunyai pelbagai masalah, terutamanya bagi permainan di PS4 dan Xbox One.

Terbaru, CDPR telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Menerusinya, syarikat itu menyatakan pihaknya akan membaikpulih pepijat dan beberapa isu bagi meningkatkan pengalaman keseluruhan.

Pusingan pertama kemas kini juga telah dilepaskan. Sementara itu, kemas kini seterusnya akan dilepaskan dalam masa 7 hari berikutnya. Tambahnya, kemas kini akan kerap dilakukan bagi meningkatkan lagi pengalaman permainan dan akan diteruskan sehingga Februari tahun hadapan.

pic.twitter.com/jtF5WKCiro

— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) December 14, 2020

Bagaimanapun, CDPR menyatakan jika pengguna tidak berpuas hati dengan permainan Cyberpunk 2077 di konsol dan tidak mahu menunggu kemas kini berkenaan, pengguna boleh memilih untuk memulangkan semula salinan fizikal dan mendapatkan bayaran balik bagi permainan yang telah dibeli.

Untuk salinan yang telah dibeli secara digital, pengguna boleh menggunakan sistem pembayaran balik di PlayStation Store atau Xbox masing-masing.

Sumber: Cyberpunk 2077

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY