Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IJM robot

IJM Lancar Robot Keselamatan Berkuasa AI Pertama Di Malaysia

Diterbitkan Mac 25, 2025 · Dikemas kini Mac 25, 2025 oleh ariff bukhari

IJM Corporation Berhad (IJM) telah melancarkan robot keselamatan berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang pertama di Malaysia.

Dinamakan sebagai Co-Lab, robot ini yang dibangunkan oleh KABAM Robotics dengan dilengkapi kamera berdefinisi tinggi, sensor canggih serta sistem analisis AI.

Robot ini mampu beroperasi 24/7 dengan liputan lebih luas dan keupayaan mengurangkan titik buta dalam pemantauan keselamatan.

Dengan ketahanan bateri selama tujuh jam setiap pengecasan, ia juga boleh beroperasi secara autonomi merentasi pelbagai tingkat bangunan melalui integrasi lif dan peta tapak.

Tidak seperti CCTV biasa, Co-Lab menawarkan pemantauan pada paras mata untuk pengesanan risiko yang lebih baik.

Co-lab 2
Foto: Kabam Robotics.

Antara fungsi utama Co-Lab termasuklah mengenal pasti individu yang tidak dibenarkan selepas waktu pejabat, mengesan pelanggaran larangan merokok, serta memantau eskalator yang rosak.

Sebarang kejadian luar biasa juga akan segera dimaklumkan kepada pegawai keselamatan untuk tindakan pantas.

Menurut Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan IJM, Datuk Edward Chong Sin Kiat, inisiatif ini sejajar dengan visi syarikat itu untuk mengintegrasikan AI dalam operasi keselamatan, meningkatkan pemantauan dan kecekapan tanpa menambah kos keselamatan.

Pada masa ini, IJM sedang menguji robot ini untuk pemantauan dalaman dengan rancangan memperluaskan penggunaannya ke kawasan luar pada masa akan datang.

Pelancaran Co-Lab ini mengikuti  trend global di mana banyak negara dilihat semakin memanfaatkan teknologi  robotik dan AI untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan operasi.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Lelaki Australia Guna Jantung Titanium Pertama Di Dunia Dibenar Keluar Hospital
  • Risau Telefon Kena 'Malware'? Cepat Pasang Aplikasi Dari CyberSecurity Malaysia Ini

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY