Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Risau Telefon Kena ‘Malware’? Cepat Pasang Aplikasi Dari CyberSecurity Malaysia Ini

Risau Telefon Kena ‘Malware’? Cepat Pasang Aplikasi Dari CyberSecurity Malaysia Ini

Diterbitkan Mac 24, 2025 ยท Dikemas kini Mac 24, 2025 oleh ariff bukhari

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa terdapat sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia untuk membantu pengguna telefon pintar Android mengimbas peranti mereka bagi tujuan keselamatan.

Aplikasi yang dikenali sebagai Mobile Assessment Security Scanning Application atau singkatannya MASSA adalah aplikasi yang dapat membantu pengguna Android mengimbas telefon pintar mereka sama ada mengandungi aplikasi meragukan dan perisian hasad.

aplikasi MASSA
Aplikasi ini menyediakan maklumat yang komprehensif mengikut hasil pengimbasan, membolehkan pengguna mengesan sebarang risiko atau kawalan keselamatan yang salah konfigurasi dalam telefon pintar Android.
aplikasi MASSA
Anda juga boleh mengakses pelbagai lagi ciri lain yang ditawarkan.

Selain itu, anda boleh dapatkan bantuan terus dengan bantuan dari pihak Cyber999 untuk melaporkan sekiranya peranti anda berdepan dengan isu keselamatan.

WhatsApp Image 2025-03-24 at 10.09.53 (1)
Antaramuka MASSA ringkas dan mudah digunakan.

Aplikasi MASSA ini tidak memerlukan log masuk menggunakan akaun, jadi tiada sebarang pendaftaran perlu dibuat.

MASSA boleh dimuat turun secara percuma yang hanya tersedia untuk pengguna telefon pintar Android dari Google Play Store.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Kajian Dedah 92% Pemain PC Masih Main 'Game' Lama
  • SanDisk Kini Tawar Pilihan USB Flash Berkapasiti Sehingga 2TB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY