Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
IMAGE 4

Huawei WATCH FIT 5 Rasmi, Akan Mula Dijual Di Malaysia 19 Mei Ini

Diterbitkan Mei 8, 2026 · Dikemas kini Mei 8, 2026 oleh ariff bukhari

Huawei secara rasminya telah memperkenalkan siri baharu HUAWEI WATCH FIT 5 dalam acara global “Now Is Your Spark” di Bangkok.

Siri ini menampilkan reka bentuk segi empat ikonik dengan kemasan lebih halus dan warna menarik seperti Perak, Ungu, Putih, Hitam dan Hijau.

Turut ditawarkan adalah edisi Pro dalam kemasan warna Oren, Putih dan Hitam.

Untuk versi WATCH FIT 5 Pro, ia dibangunkan dengan teknologi terkini seperti penggunaan bahan nanoseramik gred aeroangkasa untuk menghasilkan kemasan premium.

Dari segi fungsi, versi Pro dilengkapi ciri kesihatan canggih seperti amaran A-fib berasaskan gelombang nadi, ECG, pengesanan kekakuan arteri dan kajian risiko diabetes.

Huawei turut memperkenalkan muka jam mini-workout dengan panda motivasi yang menggalakkan senaman ringkas harian.

IMAGE 9
Selain Siri HUAWEI WATCH FIT 5, Huawei turut memperkenalkan HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition dengan kerjasama pereka barang kemas terkenal Francesca Amfitheatrof. Jam ini menampilkan 99 berlian asli dan kaca nilam potongan berlian.

Belum didedahkan harga jualan rasminya di Malaysia, tapi siri HUAWEI WATCH FIT 5  ini sah akan tersedia di Malaysia dalam bulan Mei ini juga melalui kedai rasmi Huawei dan platform e-dagang utama termasukah:

  • Shopee – https://invl.me/clnfxwt
  • Lazada – https://invl.me/clnfxwx

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • HUAWEI WATCH GT Runner 2 Kini Di Malaysia - Jam Tangan Pintar Untuk Pelari, Harga RM1,499
  • TIME Iktiraf Huawei Antara 10 Gergasi Perkakasan Paling Berpengaruh 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY