Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Bakal Perkenal Teknologi Komputer Baharu Pacu AI Di China

TIME Iktiraf Huawei Antara 10 Gergasi Perkakasan Paling Berpengaruh 2026

Diterbitkan Mei 5, 2026 oleh ariff bukhari

TIME 100 edisi 2026 telah menyenaraikan Huawei sebagai salah sebuah syarikat gergasi teknologi yang paling berpengaruh dalam perkakasan.

Time berkata, sekatan yang dikenakan AS terhadap syarikat teknologi China itu tidak mampu menyekat pengembangan Huawei.

Sebaliknya, Huawei kini muncul sebagai pemacu utama dalam usaha China mencapai kemerdekaan teknologi.

Dengan kejayaan menghasilkan cip 7nm buatan sendiri, syarikat ini telah bertekad menggandakan pengeluaran cip AI pada tahun 2026.

Kejayaan dapat dilihat menerusi pelancaran siri cip pemproses Ascend 950, 960 dan 970 serta projek mega Atlas 960 SuperCluster yang menggunakan lebih sejuta pemecut Ascend, sekali gus menegaskan kedudukan Huawei sebagai peneraju superkomputer AI.

Tidak terhenti pada cip, Huawei turut memperluas ekosistemy sendiri dengan sistem operasi HarmonyOS berasaskan AI meliputi PC, tablet dan telefon pintar, sekali gus merampas semula takhta pasaran telefon di China.

Syarikat ini turut melabur dalam penyelidikan 6G dan teknologi pemanduan pintar untuk pengeluar EV seperti Seres dan Chery.

Malah Huawei juga memperuntukan sebanyak 22% daripada hasil $127 bilionnya pada 2025 kepada bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk satu pertiga untuk kajian teori.

Huawei secara jelas menegaskan bahawa kejayaan masa depan bergantung pada asas saintifik yang kukuh dan strategi ini menjadikan Huawei bukan sekadar gergasi perkakasan, tetapi simbol kemerdekaan AI China.

Berkaitan

  • TIME Iktiraf Nothing Headphone (1) Antara Inovasi Terbaik 2025
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pengguna Windows 11 Kini Disaran Muatkan 32 GB RAM Ke Dalam PC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY