Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei watch gt 2 runner

HUAWEI WATCH GT Runner 2 Kini Di Malaysia – Jam Tangan Pintar Untuk Pelari, Harga RM1,499

Diterbitkan April 22, 2026 oleh Amsyar Latif

Melengkapkan ekosistem larian, HUAWEI turut memperkenalkan WATCH GT Runner 2, jam tangan pintar yang direka dengan konsep “Aesthetic of Speed”. Peranti ini memfokuskan kepada ketepatan penjejakan dan analisis prestasi bagi memenuhi keperluan pelari profesional mahupun amatur.

WATCH GT Runner 2 menampilkan sokongan GNSS berbilang sistem yang paling canggih daripada HUAWEI. Keupayaan ini dipertingkatkan lagi dengan reka bentuk antena terapung 3D yang mengintegrasikan bingkai tengah logam, dielectric bezel, dan bingkai titanium.

Kombinasi ini mengoptimumkan penerimaan isyarat, memastikan data laluan kekal konsisten walaupun berada di kawasan mencabar seperti kawasan bandar dengan bangunan tinggi, terowong, atau laluan terlindung.

Ia turut dibantu oleh algoritma kedudukan X-DR untuk memastikan kesinambungan data walaupun berlaku gangguan isyarat.

Sorotan utama jam tangan ini ialah Intelligent Marathon Mode, hasil kolaborasi dengan pasukan larian dsm-firmenich, termasuk legenda larian Eliud Kipchoge.

huawei watch gt 2 runner

Mod ini menyediakan sokongan menyeluruh daripada pelan latihan peribadi, panduan rentak (pacing) masa nyata semasa larian, sehingga analisis prestasi selepas larian. Bagi menyokong latihan berasaskan data, ia menawarkan metrik profesional seperti:

  • Analisis kuasa larian (running power).
  • Pengesanan ambang laktat (lactate threshold).
  • Indeks Keupayaan Larian (Running Ability Index).

Diperbuat daripada titanium gred aeroangkasa, jam tangan ini mempunyai reka bentuk ultra-ringan dengan berat hanya 34.5 gram, memastikan keselesaan maksimum walaupun digunakan untuk tempoh lama. Ia turut dilengkapi dengan ketahanan kalis air yang melindungi peranti daripada peluh dan hujan. Selain fungsi larian, ia menyokong lebih 100 mod sukan lain dengan jangka hayat bateri sehingga 14 hari.

Harga dan ketersediaan

HUAWEI WATCH GT Runner 2 Kini Di Malaysia – Jam Tangan Pintar Untuk Pelari, Harga RM1,499

HUAWEI WATCH GT Runner 2 kini ditawarkan di pasaran Malaysia dengan harga RM1,499. Pembelian boleh dibuat melalui HUAWEI Experience Stores, laman web rasmi HUAWEI, serta gedung rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Huawei Pura X Max Dilancarkan Di China - Rekaan Inspirasi Kertas A4, Cip Kirin 9030 Pro
  • Huawei MatePad Mini - Tablet 8.8-inci OLED Berharga RM2,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY