Selepas satu tahun HTC mendiamkan diri daripada penghasilan telefon pintar yang mana diakhiri dengan siri HTC U23, kini bangkit semula dengan pelancaran HTC U24 Pro.
Untuk permulaan, telefon ini menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 3 serta disokong oleh memori 12GB DDR5, storan 256GB/512GB UFS 3.1 dan juga menjalankan sistem operasi yang berasaskan Android 14.
Skrinnya hadir dengan jenis OLED 6.8 inci yang mempunyai resolusi FHD+ (2436 x 1080), kadar segar semula 120Hz dan perlindungan skrin Gorilla Glass.
Bagi kamera, ia terdiri daripada lensa utama 50MP (OIS), ultra lebar 8MP, telefoto 50MP dan swafoto 50MP.
Lain-lain kelengkapan adalah bateri berkapasiti 4,600mAh, pengecasan berwayar 60W, wayarles 15W, reverse 5W, penarafan IP67, NFC, Bluetooth 5.3 dan Wi-Fi 6E.
Untuk ketersediaannya di pasaran Malaysia masih belum diketahui namun harganya di pasaran Taiwan adalah TWD18,990 (~RM2,768).
{suggest}
Sumber: HTC