Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

CEO Nokia Buat Panggilan Telefon Bunyi 3 Dimensi Pertama Di Dunia

Posted on Jun 12, 2024Jun 12, 2024

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Nokia, Pekka Lundmark menjadi orang pertama membuat panggilan telefon menggunakan teknologi baharu yang dipanggil “audio dan video imersif” yang meningkatkan kualiti panggilan dengan bunyi tiga dimensi, menjadikan interaksi lebih hidup.

“Kami telah menunjukkan masa depan panggilan suara,” kata Lundmark, yang turut hadir di dalam bilik ketika di mana panggilan 2G pertama di dunia dibuat pada 1991 dahulu.

Beliau membuat  panggilan audio dan video itu secara langsung dengan Stefan Lindström, Duta Pendigitalan dan Teknologi Baharu Finland.

Panggilan langsung pertama ini menggunakan teknologi audio dibangunkan Nokia melalui rangkaian 5G awam.

Ia berbeza dengan panggilan telefon pintar ketika ini yang mana ia adalah monofonik yang memampatkan elemen audio bersama-sama dan berbunyi lebih rata dan kurang terperinci.

Tetapi teknologi baharu yang dikenali sebagai Immersive Voice and Audio Services (IVAS) akan membawakan pengalaman audio 3D di mana pemanggil akan mendengar segala-galanya seolah-olah mereka berada di sana bersama orang lain.

IVAS adalah teknologi codec audio yang merupakan sebahagian daripada standard 5G Advanced akan datang.

Teknologi codec IVAS mendayakan audio spatial langsung merentas mana-mana peranti yang disambungkan (contoh: telefon pintar, tablet atau PC), membawa orang ramai untuk interaksi kehidupan sebenar dengan bunyi tiga dimensi.

Ia merupakan lonjakan terbesar dalam pengalaman panggilan suara secara langsung sejak pengenalan audio telefon monofonik yang digunakan dalam telefon pintar dan PC hari ini.

{suggest}

Sumber: Nokia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress