Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
htc u23 pro rasmi

HTC Lancarkan Telefon Baharu, HTC U23 Pro Dengan Snapdragon 7 Gen 1 Untuk ~RM2500

Diterbitkan Mei 18, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas tertiris beberapa minggu lalu, kini secara rasmi HTC U23 Pro sudah dilancarkan namun ia bukan sebuah peranti kelas andalan.

Berjantungkan Snapdragon 7 Gen 1, ia dipadankan bersama RAM 8 atau 12GB dan ROM sebesar 256GB.

Di hadapannya ialah skrin OLED 120Hz sebesar 6.7″ dengan perlindungan daripada kaca Corning Gorilla Victus.

Kamera di belakang hadir dengan tetapan 3 lensa iaitu 108MP dengan OIS, 8MP untuk sudut lebar dan 2MP untuk kedalaman.

htc u23 pro rasmi

Baterinya pula sebesar 4600mAh dengan sokongan pengecasan 30W manakala untuk wayarles pula setinggi 15W.

Selain itu, ia juga mempunyai perlindungan IP67 dan sokong 5G serta NFC.

htc u23 pro rasmi

Telefon ni secara lalai dengan aplikasi VIVERSE dan boleh digunakan dengan peranti AR HTC iaitu VIVE XR Elite.

Buat masa sekarang, ia terhad di Taiwan dan tidak pasti apakah turut akan diperkenal untuk pasaran global.

htc u23 pro rasmi htc u23 pro rasmi

  • 8/256GB – TWD16990 (~RM2500)
  • 12/256GB TWD17990 (~RM2647)

Anda pastinya tertanya-tanya apakah yang terjadi pada HTC, satu nama yang popular dan bertanggungjawab menaikkan Android dulu tapi tiba-tiba senyap? Jawapannya ada di SINI.

Sumber: HTC

Berkaitan

  • HTC U20 5G Dilancarkan - Premium Pada Harga, Bukan Pada Spesifikasi
  • HTC Pergi Tak Kembali, Ini Kisah Sebenar Kejatuhan HTC
  • HTC Akan Lancar Peranti Baru, Imej HTC U23 Pro 5G Dengan 4 Kamera Tersebar
  • 4 Sebab HONOR Magic5 Pro Jadi Antara ‘Flagship’ Penting 2023

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY