Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-12T111719.788

Blackmagic Perkenal Kamera Baharu Khas Untuk Kandungan Apple Vision Pro

Diterbitkan Jun 12, 2024 oleh Muhd Idham

Seperti yang kita tahu, set kepala VR Apple Vision Pro telah pun dilancarkan pada awal tahun yang lepas dan ia hanya tersedia untuk pembeli daripada Amerika Syarikat dahulu sebagai jualan permulaan.

Salah satu ciri yang tersedia dalam peranti tersebut adalah Apple Immersive Video yang mana mampu memberikan pengalaman melihat paparan skrin mahupun menonton video dalam mod pandangan seluas 180 darjah.

Sehubungan dengan itu, Blackmagic Design Pty Ltd telah  memperkenalkan inovasi mereka yang terbaru iaitu sebuah kamera pertama di dunia dengan kemampuan untuk menghasilkan video mahupun filem dengan ciri Apple Immersive Video khas untuk kegunaan platform Apple Vision Pro.

Kamera tersebut ialah Blackmagic URSA Cine Immersive yang hadir dengan kemampuan rakaman pada resolusi 8K (8160 x 7200) untuk paparan video 3D pada sudut 180 darjah.

Blackmagic Perkenal Kamera Baharu Khas Untuk Kandungan Apple Vision Pro

Selain itu, ia juga hadir dengan sistem perisian DaVinci Resolve Studio untuk pascapenyiaran (fasa penyuntingan). Kemudian, video atau filem yang telah siap akan dipindahkan ke Apple Vision Pro untuk tayangan melalui fail metadata FCP MXL.

Kamera ini juga memerlukan tenaga sebanyak 250W untuk dijalankan iaitu melalui bateri bervoltan tinggi jenis B-Mount. Kapasiti storan yang tersedia pula adalah sebanyak 8TB dan memori tersebut boleh dipadankan secara terus ke platform storan awan Blackmagic Cloud dan DaVinci Resolve.

Ketersediaan Blackmagic URSA Cine Immersive dijangka tiba pada tahun ini melalui pembekal Blackmagic Design terpilih seluruh dunia.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Dan MateBook 14 Akan Rasmi Pada 18 Jun
  • Era Baharu, Football Manager Dapat Lesen Premier League
  • iOS 18 Akan Beritahu Jika Guna Pengecas Yang Perlahan
  • Canon Lancar Lensa 'Mata Ikan' Berkembar Untuk VR

Sumber: BlackMagic Design

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY