Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-12T115914.125

YouTube Lancar Ciri Baharu, Penonton Yang Pilih ‘Thumbnail’ Video

Diterbitkan Jun 12, 2024 ยท Dikemas kini Jun 12, 2024 oleh Muhd Idham

Bulan lepas, YouTube telah pun melancarkan ciri terbaru untuk para pengguna YouTube Premium yang dikuasakan kecerdasan buatan iaitu ‘Jump Ahead‘ dengan kebolehan melangkau durasi video ke bahagian yang menarik dalam kandungan.

Kini, ciri terbaru untuk pencipta kandungan pula tiba iaitu ‘Test and Compare Thumbnails’. Ia mirip A/B testing dari Meta.

Konsep ciri ini adalah sama seperti namanya yang mana pencipta boleh menyiarkan sesuatu video itu dengan tetapan jumlah maksimum sebanyak tiga thumbnail per video.

YouTube Lancar Ciri Baharu, Penonton Yang Pilih ‘Thumbnail’ Video
YouTube Lancar Ciri Baharu, Penonton Yang Pilih ‘Thumbnail’ Video

Fungsinya adalah untuk menarik lebih banyak penglibatan penonton terhadap sesuatu video tersebut melalui pemerhatian para penonton itu sendiri.

Keputusan pemerhatian akan diambil melalui kadar bilangan pengguna YouTube yang klik sesuatu video tersebut serta bilangan tontonan setiap video yang mengandungi kandungan sama tetapi menggunakan paparan thumbnail yang berbeza-beza.

Kemudian, pencipta boleh memilih thumbnail yang sesuai berdasarkan pemerhatian yang berlangsung daripada kadar masa jam sehinggalah mingguan ataupun bebas memilih mana satu yang diminati.

YouTube Lancar Ciri Baharu, Penonton Yang Pilih ‘Thumbnail’ Video
YouTube Lancar Ciri Baharu, Penonton Yang Pilih ‘Thumbnail’ Video

Syarat-syarat asas yang dikenakan untuk keberkesanan ciri ini adalah seperti yang berikut.

  • Thumbnail yang patuhi garis panduan komuniti
  • Video jenis ‘Made for kids’
  • Video jenis ‘For mature audiences’
  • Video siaran langsung

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • HUAWEI MatePad 11.5"S PaperMatte Dan MateBook 14 Akan Rasmi Pada 18 Jun
  • Blackmagic Perkenal Kamera Baharu Khas Untuk Kandungan Apple Vision Pro
  • X Mula Sembunyikan 'Likes' Untuk Privasi Pengguna
  • Barisan Versi Windows Terima Kemas Kini Anti Perisian Hasad Baharu

Sumber: YouTube Creators

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY