Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hotlink Travel SIM baru_2

Hotlink Naik Taraf ‘Travel SIM’ – Data Kelajuan Tinggi, eSIM Tersedia

Diterbitkan November 21, 2025 · Dikemas kini November 21, 2025 oleh Amalina Athman

Hotlink kini menaik taraf pek Travel SIM yang diperkenalkan pada Jun lalu.

Melalui penambahbaikan ini, kedua-dua pelan RM35 dan RM60 kini disertakan dengan data berkelajuan tinggi, manakala akses internet kekal tanpa had.

Untuk pelan RM35 dengan tempoh sah 15 hari, pengguna akan menerima 100GB data berkelajuan tinggi. Bagi pelan RM60/30 hari, kuota tersebut meningkat kepada 200GB data berkelajuan tinggi.

Selepas penggunaan mencapai 100GB atau 200GB mengikut pelan yang dipilih, kelajuan akan dihadkan kepada 512kbps.

Hotlink Travel SIM baru_3
baharu
Hotlink Travel SIM_2
lama

 

Sebelum ini, kedua-dua pelan hanya menawarkan internet tanpa had pada kelajuan 12Mbps dengan 100GB FUP.

Selain itu, Hotlink turut membuka pilihan eSIM untuk pelan RM35, membolehkan pengguna mengaktifkannya terus melalui aplikasi Hotlink tanpa perlu membeli SIM fizikal. Bagi pelan RM60, hanya SIM fizikal yang tersedia dan boleh dibeli di Pusat Maxis berikut:

Hotlink Travel SIM baru_4

Untuk maklumat lanjut atau pembelian Hotlink Travel SIM, pengguna boleh merujuk laman rasmi Hotlink.

Berkaitan

  • Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi
  • Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Internet Tanpa Had - Pas Bulanan Serendah RM25
  • Hotlink Perkenal 'Travel SIM' - Internet 5G Tanpa Had Di 4 Negara, Harga Serendah RM35

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY