Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HONOR X7b 5G Rasmi, Harga Promosi Serendah RM729

Posted on April 22, 2024

Hari ini, HONOR Malaysia telah memperkenalkan empat produk baharu untuk pasaran tempatan yang boleh didapati di mana-mana cawangan HONOR seluruh Malaysia bermula 25 April 2024.

Produk yang dimaksudkan adalah HONOR Pad 9 versi 5G, HONOR X7b 5G, HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band 9.

HONOR Pad 9 5G

Sama seperti versi WiFi, model 5G ini tampil dengan cip Snapdragon 6 Gen 1, varian 16GB RAM + 256GB storan dan skrin LCD 12.1 inci dengan resolusi 2.5K serta kadar segar semula 120Hz.

Baterinya pula hadir dengan kapasiti 8,300mAh dan pengecasan 35W.

Dengan setiap pembeliannya pada harga RM1,799, HONOR Pad 9 5G ini hadir dengan hadiah percuma berupa papan kekunci Smart Bluetooth dan HONOR CHOICE Pencil yang bernilai RM698.

HONOR X7b 5G

Selain tablet, HONOR turut mengumumkan telefon pintar terbaru HONOR X7b 5G pada harga RM899. 

Tetapi sempena pelancarannya, HONOR menawarkan X7b 5G pada harga serendah RM729 sahaja di Shopee dan Lazada.

Dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6020, kad grafik Mali-G57 dan varian memori 8GB RAM + 256GB storan, ia turut dilengkapi kamera utama 108MP, 2MP makro, 2MP ultra lebar dan 8MP swafoto dengan bateri 6,000mAh dan pengecas 35W.

HONOR MagicBook X 16

Turut diumumkan hari ini adalah komputer riba HONOR MagicBook X 16 yang berharga RM2,999 yang didatangkan bersama hadiah percuma beg galas HONOR Backpack bernilai RM468.

Komputer riba ini dikuasakan cip Intel Core i5, memori 8GB RAM LPDDR4X, 512GB storan dan kad grafik Intel UHD.

Jenis skrinnya pula adalah IPS bersaiz 16 inci dengan resolusi 1920 x 1200.

HONOR Band 9

Produk ke-4 terbaru yang diumumkan hari ini adalah HONOR Band 9 hadir dengan paparan AMOLED 1.57 inci dan kadar segar semula 60Hz.

Ia mampu untuk bertahan sehingga 14 hari penggunaan berterusan serta ciri lain seperti penarafan 5ATM, Bluetooth 2.4 dan Android 9.0.

HONOR Band 9 ini hanya berharga RM199 sahaja.

Beli produk HONOR di:

Shopee – https://invl.io/clkvpjf

Lazada – https://invol.co/clkvpjk

{suggest}

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress