Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
panduan keselamatan elektrik banjir

Ikuti 12 Tips Keselamatan Elektrik Ini Ketika Berdepan Banjir

Diterbitkan April 22, 2024 · Dikemas kini Disember 2, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, ramai penduduk di Malaysia terjejas dengan bencana banjir sehingga kini yang melanda di beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ekoran itu, pihak TNB terpaksa bertindak dengan mematikan bekalan elektrik kerana keadaan banjir yang semakin membimbangkan seperti yang terikini di sekitar Kuala Terengganu dan Dungun demi keselamatan pengguna setempat.

Ikuti 12 Tips Keselamatan Elektrik Ini Ketika Berdepan Banjir

Bagi memastikan keselamatan anda khususnya penduduk yang terjejas banjir di kawasan mereka, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggesa orang ramai supaya mematuhi garis panduan keselamatan elektrik yang penting demi keselamatan anda.

Berikut adalah Garis Panduan Keselamatan Elektrik yang penting ketika banjir dan selepas banjir yang dikeluarkan TNB:

Ketika banjir

  1. Hindari penggunaan peralatan elektrik dan pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan elektrik.
  2. Hubungi 15454 atau Facebook TNB Careline untuk memutuskan bekalan elektrik jika paras air meningkat.
  3. Jauhi peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir walaupun ianya bersalut penebat.
  4. Hindari tiang besi atau mana-mana pepasangan TNB yang ditenggelami air bagi mengelak risiko renjatan elektrik.
  5. Pastikan semua suis di soket alir keluar ditutup dan tanggalkan palam kuasa peralatan elektrik.
  6. Matikan sistem solar PV bagi mengelakkan bekalan suap balik ke sistem pendawaian premis.
  7. Sebelum berpindah, tutup suis utama.

Selepas banjir

  1. Matikan suis utama sebelum membersihkan peralatan elektrik atau pendawaian.
  2. Suis dan perkakas elektrik yang terendam dalam air banjir perlu diperiksa dahulu oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  3. Jauhi dahan pokok di talian elektrik kerana bekalan elektrik mungkin masih disalurkan. Maklumkan kepada TNB untuk tindakan segera.
  4. Jangan gunakan galah atau tangga yang diperbuat daripada besi/aluminium berhampiran talian elektrik.
  5. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak menghampiri tiang dan kabel elektrik yang rosak.

Jadi, sekiranya anda berada di kawasan yang terjejas dengan banjir, bolehlah amalkan panduan keselamatan elektrik ini.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Apple Didapati Menjual Aksesori Mengandungi Bahan Kimia Yang Menyebabkan Kecacatan Kelahiran Dan Kanser
  • Perodua Dedah EMO-II, Generasi Terbaru Myvi Berkuasa Elektrik?

Sumber: TNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
©2026 WISER.MY