Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic V3

HONOR Kerjasama Dengan Google Cloud, Tawar AI Pada Magic V3

Diterbitkan Ogos 27, 2024 oleh Amsyar Latif

HONOR sedia melancarkan telefon lipat Magic V3 bulan depan semasa acara IFA 2024 di Berlin nanti. Seperti poster yang diperlihatkan tempoh hari, ia memaparkan AI dan kini, ia memang benar kerana HONOR mengumumkan kolaborasi bersama Google Cloud untuk menawarkan fungsi produktiviti dengan menggunakan AI.

Menerusi video yang dikongsikan, terdapat beberapa ciri AI baharu yang bakal ditawarkan. Pertama sekali ialah AI Eraser. Fungsi ini tidak perlu diperjelaskan lagi kerana kebanyakan peranti sudah pun menawarkannya. Malah, siri HONOR 200 pun menerimanya nanti pada pertengahan September depan.

HONOR AI Eraser

Seterusnya adalah Face to Face Translation. Ia mirip Galaxy AI pada Samsung Galaxy Flip6 dan Fold6 yang mana membolehkan pengguna terjemah bahasa asing dengan mudah serta terjemahan tersebut dapat dilihat pada skrin hadapannya.

HONOR f2f translation

Selain itu, ada lagi ciri umpama Galaxy AI, iaitu HONOR Notes Live Translation. Fungsinya adalah untuk mentranskripsi perbualan secara langsung semasa pengguna membuat nota.

HONOR notes translation

Walau apa pun, perincian lanjut kita dapat ketahuinya nanti semasa pelancarannya dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Reaksi Awal Samsung Galaxy Z Fold6, Flip6 - Galaxy AI Jadi Penyelamat
  • Siri HONOR Magic V3 Rasmi Di China, Lebih Nipis Dari V2
  • HONOR MagicBook Art 14 2024 Dilancar, Komputer Riba Nipis Dengan Skrin OLED
  • Siri HONOR 200 Kini Terima Ciri Suntingan AI Baharu
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Sumber: HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY