HONOR 9X Pro
Dengan skrin penuh berukuran 6.59 inci, HONOR 9X Pro dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 810, RAM 6GB dengan storan dalaman 256GB. Telefon pintar ini turut menyokong tambahan storan melalui kad mikroSD sehingga 512GB.
Didatangkan dengan sistem penyejukan cecair, 9X Pro mempunyai tri-kamera belakang yang terdiri daripada 48MP+ 8MP + 2MP dan kamera selfie pop-up. Antara ciri lain telefon pintar ini termasuk mempunyai sokongan bicu audio 3.5mm serta butang kuasa dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi kanan.
HONOR MagicBook
HONOR MagicBook dijana cip pemprosesan empat teras AMD Ryzen 5 3500U dengan RAM 8GB DDR4. Untuk storan dalaman pula, ia mempunyai storan SSD 512GB serta paparan IPS LCD saiz 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080.
Komputer riba ini dilengkapi dengan kapasiti bateri 57.4Wh dan kepala pengecasan dua dalam satu yang juga menyokong pengecasan HONOR Quick Charge bagi telefon pintar. Selain itu, MagicBook hadir dengan pengecasan pantas 65W Type-C, sistem audio Dolby dan bicu audio 3.5mm serta sokongan Magic Link 2.0.
HONOR MagicWatch 2 Edisi Rose Gold
Terdahulu, HONOR telah melancarkan MagicWatch 2 versi Charcoal Black, saiz 46mm dengan harga RM699 dan diikuti MagicWatch 2 Flax Brown dengan harga RM749. Kini, HONOR bakal melancarkan MagicWatch 2 dengan warna baru yang lebih elegan, Rose Gold untuk pasaran tempatan.
HONOR MagicWatch 2 Rose Gold dengan saiz 42mm ini mempunyai tali yang diperbuat daripada logam dengan kerangka keluli tahan karat dan bezel berwarna rose gold di sekitar paparan skrin dengan saiz skrin 1.2 inci AMOLED.
Jam pintar ini mempunyai 15 mod kecergasan, panduan suara dan sebagainya. Selain mod yang pelbagai, ia juga dilengkapi dengan keupayaan main balik muzik, mempunyai mikrofon dan pembesar suara yang terbina, storan dalaman 4GB, penarafan kalis air 50m dan bateri yang mampu bertahan sehingga 7 hari.
Untuk maklumat lanjut bagi penawaran harga dan butiran lain berkaitan HONOR 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 edisi Rose Gold, nantikan pelancaran pada 24 Mac di pautan ini.
Berkaitan
- Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025
- Carl Pei Bakal Umum Jenama Baharu Pada 27 Januari 2021
- Program Penyedia Khidmat Baik Pulih Produk Apple Kini Diperluaskan Secara Global, Termasuk Malaysia
- KWSP Lancar Aplikasi, Panduan Belanjawanku 2022/2023
- Samsung Perlihat Galaxy Ring Di MWC 2024
- Samsung Galaxy A72 Dijangka Hadir Dengan Tetapan Penta-Kamera
- Terima Pengesahan SIRIM, POCO X3 Pro Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Perkenal Pengecas 20W USB-C Yang Boleh Digunakan Pada iPhone 12, Berharga Sekitar RM24
- CEO Qualcomm Sahkan Siri Galaxy S24 Akan Guna Dua Cip Berbeza
- HONOR Dedahkan Teknologi Dua Lapis Skrin OLED Pertama Dalam Industri