Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MagicWatch 2 Flax Brown

MagicWatch 2 Flax Brown Dengan Harga RM749 Akan Dijual Mulai 20 Januari

Diterbitkan Januari 16, 2020 oleh Amalina Athman

HONOR hari ini mengumumkan HONOR MagicWatch 2 (46mm) akan hadir dengan warna baru, Flax Brown dengan harga RM749 mulai 20 Januari 2020 di laman rasmi HONOR, kedai fizikal HONOR Experience Store (HES) seluruh negara.

Screenshot (165)

HONOR MagicWatch 2 Flax Brown mempunyai tali yang diperbuat daripada genuine leather dengan kerangka keluli tahan karat dan bezel hitam di sekitar paparan skrin dengan saiz 1.39 inci AMOLED.

Jam pintar ini mempunyai 15 mod kecergasan, panduan suara dan sebagainya. Selain mod yang pelbagai, ia juga dilengkapi dengan keupayaan main balik muzik, mempunyai mikrofon dan pembesar suara yang terbina, storan dalaman 4GB, dan bateri yang mampu bertahan sehingga 14 hari.

 

Screenshot (162)Terdahulu, HONOR telah melancarkan MagicWatch 2 versi Charcoal Black, saiz 46mm pada 20 Disember tahun lalu dengan harga RM699. Namun, bagi model 42mm yang terdapat dalam 2 pilihan warna iaitu Agate Black dan Sakura Gold masih belum tersedia dan mungkin akan dijual pada masa akan datang.

Screenshot (161)

Anda juga boleh mendapatkan produk keluaran HONOR yang lain dengan diskaun sehingga 75% sempena Tahun Baru Cina mulai 13 hingga 31 Januari 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY