Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 4

AEON Bank Perkenal ‘Financial Purr-Sona’ – Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna

Diterbitkan Oktober 27, 2026 · Dikemas kini Oktober 27, 2026 oleh Amalina Athman

AEON Bank kini memperkenalkan Financial Purr-Sona, ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menganalisis aktiviti kewangan pengguna dalam aplikasinya untuk mengenal pasti corak pengurusan kewangan masing-masing.

Ciri ini menggunakan Neko Sensei, mentor kewangan peribadi berasaskan AI yang turut menawarkan bimbingan kewangan dan tip mengurus bajet secara percuma.

Financial Purr-Sona menilai empat aspek tabiat kewangan, iaitu simpanan, perbelanjaan, perancangan serta pelunasan pembiayaan atau pembayaran yang genap tempoh. Berdasarkan analisis tersebut, pengguna akan diberikan salah satu daripada empat persona kewangan, iaitu Tauke Tabung, Planner Pro Max, Boss Anti-bazir atau Hutang Slayer.

Namun, persona ini tidak kekal serta boleh berubah mengikut aktiviti kewangan dan tabiat perancangan bajet mereka dalam aplikasi AEON Bank.

Photo 4

Penggunaan ciri seperti Akaun Simpanan-i, Savings Pot, kad debit-i, DuitNow QR dan pembayaran bil juga boleh membantu membentuk profil kewangan yang lebih terperinci. Selain mengenal pasti persona masing-masing, pengguna boleh memilih ciri Level-up untuk mendapatkan bimbingan kewangan peribadi dan tip pengurusan bajet secara percuma daripada Neko Sensei.

Ganjaran

AEON Bank turut menawarkan ganjaran menerusi Financial Purr-Sona dan program Neko Missions. Dari 16 hingga 31 Oktober 2026, pengguna yang mengaktifkan Financial Purr-Sona berpeluang mendapatkan baucar Boost Juice bernilai RM10, terhad kepada satu baucar bagi setiap pelanggan.

Photo 6

Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2027 pula, pengguna boleh mengumpulkan 20 Neko Paws melalui Neko Missions untuk menebus baucar FamilyMart bernilai RM10. Satu Neko Paw diberikan bagi setiap misi yang layak, dengan had maksimum dua Neko Paws sehari.

Antara aktiviti yang melayakkan pengguna mengumpul Neko Paws termasuk mengaktifkan Financial Purr-Sona, memilih topik dalam Neko Sensei dan memindahkan wang ke dalam Savings Pot.

Untuk mencuba ciri ini, pengguna hanya perlu log masuk ke aplikasi AEON Bank, menekan ikon Neko Sensei pada skrin utama dan melengkapkan kuiz bagi mengetahui persona kewangan masing-masing. Bimbingan kewangan boleh diakses melalui pilihan Level-up, manakala ganjaran yang dikumpulkan boleh ditebus menerusi menu Rewards dan My Voucher, tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan.

Berkaitan

  • AEON Bank Perkenal Pembiayaan Peribadi-i: Pinjaman Digital Patuh Syariah, Ini Cara Mohon
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kad Debit-i Visa AEON Bank Kini Sokong Google Pay
  • Industri Perbankan, PayNet Bakal Perkenal Sistem Amaran Penipuan - Gabenor BNM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY