Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya

Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya

Diterbitkan Oktober 27, 2026 · Dikemas kini Oktober 27, 2026 oleh salor30

Bagi saya, antara benda yang mengujakan tentang AI adalah sejauh mana teknologi ini boleh pergi atau dimanakah sebenarnya limitnya? Dalam dua bulan kebelakang ini kita boleh lihat ada pengguna-pengguna AI yang menggunakan teknologi ini untuk benda-benda yang sebelum ini dianggap mustahil. Yang terbaru, seorang lelaki menyuruh AI ‘reverse engineer’ sistem TV pintarnya lalu membuang segala bloatware yang wujud dalam sistem TV itu. Sangat mengujakan!

Terinspirasi dengan perkara tersebut, saya mengambil keputusan untuk membuat satu projek mini dengan kindle generasi ke-8 yang sudah terperap dalam laci meja saya setelah sekian lama. Pada mulanya, saya bercadang untuk membuat permainan video dalam kindle ini, tapi memandangkan sudah wujud Gameboy emulator untuk peranti ini, saya menukar arah untuk membuat sesuatu yang lebih menarik. Kenapa bukan sebuah gitar elektrik? Ini lebih mencabar kerana ia perlukan input yang lebih tepat dan pantas.

Untuk konteks, berikut adalah spesifikasi kindle yang dijadikan mangsa eksperimen ini:

Screenshot 2026-10-27 at 11.51.10 AM

Ada dua spesifikasi yang mengujakan di sini iaitu E-ink dan juga sistem touchscreen infrared. Ini bermakna ui di kindle ini agak lembab disebabkan oleh e-ink dan juga kapasiti untuk mengesan sentuhan juga terhad disebabkan input infrared (ia hanya boleh melihat bayang jari). Untuk perbandingan, telefon pintar dan kindle versi baharu menggunakan sensor sentuh capacitive yang mengesan perubahan arus elektrik bila skrin disentuh jari.

Pembebasan

Dalam eksperimen ini, saya menggunaan Opus 5.5  untuk koding dan kadang-kadang beralih kepada Chatgpt Astra untuk mendapatkan insight yang lebih mudah difahami.
Seperti biasa, kindle itu perlu ‘dibebaskan’ dahulu dari tahanan sebelum kita mula bereksperimen di dalamnya. Seperti yang dijangka, Opus enggan berbuat sedemikian lalu saya beralih kepada Chatgpt Astra (Work) untuk meneruskan proses pembebasan itu. Dalam satu prompt, kindle 8th gen itu berjaya dibebaskan.

Limitasi

Memandangkan ini adalah sebuah kindle, terdapat banyak limitasi yang perlu saya akur ketika membuat eksperimen ini.
  1. Bunyi – Kindle tiada speaker, jadi kita perlu menggunakan speaker laptop yang dihubungkan menerusi wayar usb
  2. Multitouch, tapi hanya dua jari – Kindle ada sokongan multitouch tapi hanya dua jari.
  3. E-ink – Ghosting di skrin (bayang-bayang) tidak dapat dielakkan.

 

Versi 1

Versi 1 dibina bermotivasikan kindle ini untuk menjadi all-in-one guitar (kecuali bunyi). Jadi segala pemprosesan perlu dibuat di dalam kindle tersebut. Ini bermakna, segala pemprosesan bunyi perlu berlaku di dalam kindle tersebut. Dengan RAM 512MB dan pemprosesan 1Ghz, itu sudah mencukupi. Tapi hasilnya kurang memuaskan kerana proses berlaku dalam kindle tersebut. Dan bunyinya juga sangat sintetik menjadikan app tersebut macam ewwwww. Bunyi juga agak teruk dan delay memandangkan CPU terpaksa ‘berebut’ kuasa dengan sentuhan.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/27092516/IMG_7367.mp4

 

Versi 2

Disebabkan kekurangan itu, saya kurangkan beban di kindle. Kindle kini hanya menghantar koordinate atau arahan (sama cara macam MIDI) kepada Mac menerusi USB dan arahan itu akan diproses oleh Mac menjadi bunyi. Hasilnya, satu fret gitar yang boleh berfungsi. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kindle hanya menyokong 2 sentuhan dalam satu masa, jadi kita perlu membuat satu tap sebagai satu plucking yang bermakna fungsi strumming juga tidak mampu dijalankan. Yang ada cuma tapping, hammering dan bending(ya, bending). Lihat demo dibawah.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/27093258/IMG_7369.mp4

 

Cubaan di Kindle 11th Gen

Selain dari 8th Gen, saya turut cuba bereksperimen di Kindle 11th Gen, namun hasilnya agak mengecewakan. Walaupun mempunyai kebolehan multitouch yang sama dengan 8th Gen, sensor sentuhan capacitive menjadi limit kerana ia banyak membatalkan signal-signal yang dihantar oleh jari saya. Bahasa mudahnya, tapping secara pantas tidak akan berfungsi di 11th Gen. Jadi, 11th Gen dikeluarkan dari eksperimen ini.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/27093609/IMG_7368.mp4

 

Solo Gunslinger di 8th Gen

Memandangkan pemprosesan berlaku di Mac, limitasi 1Ghz sudah boleh dibuang serta merta dan lebih banyak bunyi saya boleh keluarkan menerusi aplikasi ini. Seperti contoh dibawah, saya suruh Opus untuk ‘mendengar’ sendiri bunyi gitar dari Synyster Gate (A7X) dan membuat efek ‘GATES’ untuk meniru bunyinya. Hasil:

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/10/27112459/WhatsApp-Video-2026-10-27-at-11.23.58.mp4

 

Cabaran

Antara cabaran terbesar untuk menjadikan projek ini satu realiti adalah keboleh Opus untuk memahami dan mencipta aplikasi Guitar Kindle ini. Untuk menjadikan ia ‘boleh dimainkan’ seperti dalam video diatas, saya terpaksa memberikan Opus beberapa kertas kajian fizik mengenai bagaimana tali gitar berfungsi dan juga beratus kali iterate aplikasi tersebut untuk memperbaiki sedikit demi sedikit sehingga bunyi dan efek yang dikeluarkan dapat berbunyi seakan-akan gitar sebenar.

Sesiapa yang berminat boleh lihat kodnya di sini https://github.com/salor30/KindleGuitar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Jutaan Buku Di Internet Archive Masih Didigitalkan Halaman Demi Halaman
  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY