Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Speaker – GIGABYTE VITO 4

ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan

Diterbitkan Oktober 27, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 27, 2026 oleh Amsyar Latif

ACE Malaysia 2026: Agentic Computing at the Edge telah berlangsung di Asia School of Business, Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2026, dengan menampilkan pelbagai aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang boleh dijalankan secara setempat tanpa bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan awan.

Acara tersebut menghimpunkan GIGABYTE, NVIDIA, EMARQUE dan Developer Kaki bagi memperkenalkan penggunaan AI setempat dalam operasi perniagaan serta pembangunan perisian.

Workshop – GIGABYTE AI TOP ATOM

Antara demonstrasi yang diketengahkan termasuk pengecaman visual masa nyata, pembantu analisis imej sinar-X, chatbot maklumat syarikat dan pemprosesan dokumen kewangan.

Menurut penganjur, pendekatan AI setempat membolehkan organisasi mempunyai kawalan lebih besar terhadap lokasi pemprosesan data, selain membantu mengurus kos penggunaan AI.

Speaker – GIGABYTE VITO

Salah satu teknologi yang dipamerkan ialah GIGABYTE AI TOP ATOM, komputer AI yang menggunakan NVIDIA GB10 Grace Blackwell Superchip dengan pemproses Arm 20 teras dan memori bersepadu LPDDR5x sebanyak 128GB.

Sistem tersebut menawarkan prestasi AI sehingga 1 petaFLOP dan boleh digunakan untuk menjalankan model bahasa raya (LLM) serta aplikasi AI agentik secara setempat.

Acara itu turut memperlihatkan bagaimana beberapa unit AI TOP ATOM boleh digabungkan untuk membangunkan persekitaran LLM teragih bagi meningkatkan keupayaan pengkomputeran.

GIGABYTE AI TOP ATOM

Menurut GIGABYTE, sebanyak 18 unit AI TOP ATOM telah terjual sepanjang acara tersebut.

Selain sesi perkongsian industri, seramai 50 peserta menyertai ACE Malaysia Mini Hackathon untuk membangunkan penyelesaian AI menggunakan perkakasan berkenaan.

Pasukan Omega Vision memenangi tempat pertama menerusi Clinic Scribe, aplikasi yang merekodkan perbualan antara doktor dan pesakit secara automatik.

Tempat kedua pula dimenangi Hackathon King(s) menerusi Sentry, ejen AI yang menggunakan kamera sedia ada untuk mengesan kemungkinan insiden sebelum mengemukakannya untuk semakan manusia.

Penganjuran ACE Malaysia 2026 mengetengahkan potensi AI setempat dalam pelbagai sektor, termasuk penjagaan kesihatan, perkhidmatan profesional, robotik dan operasi perniagaan.

Berkaitan

  • Kajian: Lebih Ramai Jangka AI Akan Kurangkan Peluang Pekerjaan
  • Finland Luluskan Lesen Tapak Pelupusan Sisa Nuklear Pertama Di Dunia, Radiasi Kekal Sehingga 100,000 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
  • Terlupa Kata Laluan MyDigital ID? Kini Boleh Tetapkan Semula Tanpa Batal Sijil Digital
  • Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang
  • REDMAGIC 12 Pro, Telefon Gaming Berprestasi Tinggi Kini Di Malaysia, Harga Serendah RM3,999
  • Grab, SoftBank Rancang Bangunkan Infrastruktur AI Di Malaysia Dengan Modal AS$1.85 Bilion
  • Tidak Boleh Memasak Dan Mandi, Warga Batam Salahkan Pusat Data AI
  • Dashcam DDPAI Dengan Kanta Dwifokus Pertama Di Dunia Dilancar Pada Harga RM1,269
  • Maybank2u Henti Sokong Pelayar Web Versi Lama Mulai 7 Januari 2027
©2026 WISER.MY