Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube AV2

YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027

Diterbitkan Oktober 27, 2026 oleh Amsyar Latif

YouTube menyasarkan penstriman video menggunakan codec AV2 di versi web seawal awal 2027. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media Alliance for Open Media (AOMedia).

Pengarah Kejuruteraan YouTube, Des Keane berkata, AV2 membawa kualiti video yang lebih baik kepada pengguna serta membuka keupayaan baharu untuk paparan berbilang video.

Bagaimanapun, YouTube belum menetapkan tarikh pelancaran khusus, dan jadual untuk aplikasi telefon pintar serta TV pintar belum dinyatakan.

AV2 merupakan codec video generasi seterusnya yang bebas royalti, diterbitkan secara rasmi oleh AOMedia pada Jun 2026. Ia dibangunkan bersama oleh beberapa syarikat termasuk Amazon, Apple, Google, Intel, Netflix, Samsung dan Tencent.

Menurut AOMedia, AV2 menawarkan kecekapan pemampatan sekitar 30% lebih baik berbanding AV1. Secara teori, ini membolehkan video dengan kualiti setara distrim menggunakan data lebih rendah, atau kualiti lebih tinggi pada kadar bit yang sama.

Manfaat sebenar kepada pengguna masih bergantung pada pelaksanaan platform serta sokongan perisian dan perkakasan peranti.

Selain video biasa, AV2 turut direka untuk kegunaan seperti video berbilang strim, komunikasi masa nyata, aplikasi imersif, kadar bingkai lebih tinggi dan prestasi HDR yang dipertingkatkan.

YouTube sebelum ini antara platform terbesar yang mengguna pakai AV1. Menurut Des Keane, sehingga 19 Mac 2026, lebih 90% katalog YouTube tersedia dalam format AV1, berdasarkan wajaran masa tontonan.

Google turut menunjukkan main balik AV2 pada pelayar Chrome. Naib Presiden Kejuruteraan Google Chrome, Jim Bankoski berkata, Netflix dan Prime Video juga sedang meneroka format tersebut.

Meta pula menyatakan komitmen untuk membawa AV2 ke platformnya, selepas AV1 menjadi format penghantaran video paling banyak digunakan di Facebook dan Instagram.

Berkaitan

  • YouTube Music Tambah Label Baharu Untuk Lagu Dijana AI
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY