Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ProArt RTX Spark PC_Hermes & MuseTree (1)

2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 27, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 27, 2026 oleh ariff bukhari

ASUS Malaysia hari ini secara resminya mengumumkan ketibaan laptop berprestasi tinggi direka khusus untuk pencipta kandungan, ProArt P14 dan P16.

Selepas pra-tempahan model flagship 128GB awal bulan ini, kedua-dua siri ini kini turut ditawarkan dalam konfigurasi memori bersepadu (unified memory) 48GB berserta storan 1TB pada harga bermula RM18,999.

Dikuasakan oleh platform NVIDIA RTX Spark N1X, siri ProArt ini menggabungkan GPU seni bina Blackwell, CPU 20-teras NVIDIA Grace, serta ketersambungan NVLink-C2C.

ProArt P16_scenario photo 02
Kedua-dua laptop turut menyokong ekosistem agen AI generatif tempatan seperti platform Hermes Agent, ComfyUI, dan aplikasi eksklusif ASUS MuseTree.

Gabungan ini menghasilkan prestasi pemprosesan kecerdasan buatan (AI) tempatan sehingga 1 petaflop FP4, membolehkan pengaturcara dan pencipta kandungan menjalankan model AI berasaskan teks dan visual yang kompleks terus pada peranti tanpa bergantung kepada awan (cloud) atau caj token.

Laptop premium ultra-nipis ini turut dilengkapi paparan skrin sentuh ASUS Lumina Pro OLED 120Hz sah Pantone sehingga resolusi 4K VRR pada model ProArt P16 dan 3K pada ProArt P14.

Sempena pelancarannya sehingga 30 November 2026, setiap pembelian bakal menerima berkas tawaran eksklusif termasuk monitor ProArt bernilai sehingga RM4,649.

ProArt-Pre-order-Bundle-KV-_1500x1500-JS (1)

Kedua-dua model disertakan dengan Jaminan Antarabangsa dan Perfect Warranty selama 2 tahun.

Model ASUS ProArt P14 dijual dengan harga bermula RM18,999 dan model ProArt P16 pula bermula dari RM29,999.

Beli barisan produk ASUS dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clo2tyk
  • Lazada – https://invl.me/clo2tyn

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY