HONOR MagicBook Sah Bakal Ditawarkan Di Malaysia

HONOR kini mengesahkan salah satu produk Intelligent Lifestyle, iaitu komputer riba MagicBook bakal ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Honor MagicBook

HONOR MagicBook dijana dengan cip pemprosesan empat teras AMD Ryzen 5 3500U. Ia didatangkan dengan RAM 8GB DDR4. Untuk storan dalaman pula, ia mempunyai storan SSD 512GB serta paparan IPS LCD saiz 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080.

Peranti ini dilengkapi dengan kapasiti bateri 57.4Wh dan kepala pengecasan dua dalam satu yang juga menyokong pengecasan HONOR Quick Charge bagi telefon pintar. Selain itu, MagicBook ini didatangkan dengan pengecasan pantas 65W Type-C yang mampu mengecas peranti 40% dalam masa 30 minit.



Terdapat satu port USB-C yang menyokong pengecasan dan pemindahan data, dua port USB-A dengan masing-masing satu bagi USB 3.0 dan 2.0, serta port HDMI. Ia juga dilengkapi dengan sistem audio Dolby dan bicu audio 3.5mm.



Hadir dengan rekaan yang nipis dan seberat 1.45kg, peranti ini menyokong ciri sekuriti pengimbas cap jari yang disertakan pada butang kuasa. Di samping itu, dengan sokongan Magic Link 2.0, pemindahan data melalui komputer riba dan telefon pintar boleh dilakukan tanpa memerlukan kabel.



Tidak dapat dipastikan tarikh pelancaran dan harga HONOR MagicBook di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, nantikan pengumuman daripada HONOR Malaysia.