Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Duo screen crack issue_01

Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas

Diterbitkan Oktober 27, 2026 · Dikemas kini Oktober 27, 2026 oleh Amalina Athman

Apple mengakui terdapat isu keretakan pada skrin dalaman yang melibatkan sebilangan kecil unit iPhone Duo, susulan beberapa laporan pengguna yang mendakwa kerosakan berlaku tidak lama selepas telefon lipat itu mula digunakan.

Menurut laporan Bloomberg, Apple mengesahkan pihaknya menyedari masalah tersebut dan menyarankan pengguna yang terjejas menghubungi AppleCare untuk mendapatkan unit gantian.

“Kami menyedari terdapat isu yang menjejaskan skrin dalaman pada sebilangan kecil unit iPhone Duo. Jika pengguna mengalami masalah pada skrin iPhone Duo mereka, mereka harus menghubungi AppleCare untuk mendapatkan unit gantian,” kata Apple.

Syarikat itu turut menjelaskan bahawa kebanyakan unit iPhone Duo tidak mengalami masalah berkenaan. Bagi unit yang terjejas, kerosakan pada skrin dalaman itu akan mula kelihatan tidak lama selepas telefon mula digunakan.

More from Apple: Impacts a very small number of units and most iPhone Duo units are not susceptible to this inner display issue. Impacted devices appear to have the defects rather quickly after usage. https://t.co/IicCnu6leU

— Mark Gurman (@markgurman) October 26, 2026

Menerusi satu hantaran di Reddit, seorang pengguna dari Australia mendakwa skrin iPhone Duo miliknya retak selepas kira-kira enam jam penggunaan, walaupun telefon itu dibuka kurang daripada 20 kali. Menurutnya, Apple Store kemudiannya menggantikan unit tersebut dengan telefon baharu pada hari yang sama.

Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
Foto: Midnight_Slump//Reddit

Sementara itu, seorang lagi pengguna dalam hantaran berasingan di Reddit turut melaporkan masalah pada iPhone Duo miliknya selepas kira-kira tiga jam penggunaan. Bagaimanapun, selepas dimaklumkan proses penggantian unit hanya dapat diselesaikan pada Januari 2027, pemilik berkenaan memilih untuk memulangkan telefon tersebut di bawah waranti.

Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
Foto: chimchambam//Reddit

Dalam kes yang dilaporkan, pengguna yang mengalami masalah tersebut mendakwa terasa seperti sesuatu tersekat pada bahagian engsel sebelum terdengar bunyi letupan kecil. Ada juga pengguna yang mendakwa merasakan benjolan di bawah skrin, berhampiran bahagian yang kemudiannya retak.

Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
Foto: Reddit

Platform pembaikan iFixit pula berpendapat kerosakan itu mungkin berpunca daripada komponen engsel yang gagal berfungsi lalu menyebabkan skrin retak, bukannya masalah pada panel paparan itu sendiri.

Dalam simulasi ketika telefon dilipat, iFixit menunjukkan kemungkinan palang sokongan (support bar) di bahagian tengah engsel berkemungkinan tidak turun secukupnya. Keadaan ini boleh menyebabkan bahagian skrin yang melengkung menekan batang tersebut, lalu menghasilkan tekanan pada kawasan berhampiran lokasi kerosakan yang dilaporkan.

iPhone Duo issue_ifixit
Foto: iFixit

Apple setakat ini belum menjelaskan punca sebenar keretakan atau mengumumkan sebarang penyelesaian khusus selain menawarkan penggantian kepada pengguna yang terjejas.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Apple Perkenal iPhone Duo - iPhone Lipat Pertama, Sokongan Apple Pencil, Harga Bermula RM9,499
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY