Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 jailbreak

Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak

Diterbitkan Oktober 27, 2026 oleh Amsyar Latif

Eksploit PlayStation 5 (PS5) baharu yang dikenali sebagai Prolapse didakwa berfungsi pada perisian tegar (firmware) 14.00 dan 14.10. Namun, ia dilihat masih belum cukup untuk membolehkan Grand Theft Auto VI (GTA 6) dijalankan pada konsol yang dipecah sekat (jailbreak) apabila permainan itu dilancarkan pada 19 November ini.

Dakwaan tersebut dikongsi oleh penyelidik keselamatan PlayStation, Jose Coixao, menerusi hantaran di X pada 24 Oktober 2026. Prolapse ialah eksploit pada peringkat kernel yang memanfaatkan kelemahan pengurusan memori pada fungsi aio_multi_delete.

https://x.com/notnotzecoxao/status/2113786481517220224

Jika dakwaan itu tepat, Prolapse menyasarkan firmware yang lebih baharu berbanding Relapse, rantaian eksploit yang tersedia secara umum. Relapse hanya menyokong firmware 7.00 hingga 13.60.

Prolapse juga bukan dakwaan pertama untuk firmware 14.10. Penyelidik lain, Gezine, sebelum ini turut mendakwa mempunyai eksploit kernel untuk versi tersebut, tetapi tidak berkongsinya kepada umum.

Kenapa GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak

GTA 6 dikaitkan dengan isu ini kerana data mining menunjukkan permainan terbaharu Rockstar Games itu memerlukan firmware 14.10. Selain itu, menurut Notebookcheck, pengguna kini perlu menggunakan sekurang-kurangnya firmware 14.10 untuk log masuk ke PlayStation Network (PSN).

Bagaimanapun, eksploit kernel sahaja tidak mencukupi untuk menjalankan salinan permainan. PS5 masih mempunyai hypervisor, iaitu lapisan keselamatan berasingan yang perlu dipintas.

Alat bypass hypervisor sedia ada, Byepervisor-Reborn, setakat ini hanya berfungsi pada firmware 13.60 dan ke bawah.

Coixao membayangkan bahawa firmware 14.00 mungkin boleh menyokong bypass tersebut selepas kajian lanjut. Bagaimanapun, perkara itu belum disahkan. GTA 6 juga berkemungkinan memerlukan firmware yang lebih baharu menjelang tarikh pelancarannya.

Firmware 14.20 Didakwa Tampal Kelemahan

Coixao turut mendakwa firmware 14.20, yang dikeluarkan pada 21 Oktober, telah menampal kelemahan yang digunakan oleh Prolapse. Nota kemas kini rasmi Sony pula hanya menyebut penambahbaikan pada paparan mesej dan kebolehgunaan beberapa skrin.

Notebookcheck menjangkakan Prolapse lebih berpotensi diedarkan secara umum berbanding eksploit Gezine. Namun, tarikh pengedarannya belum diketahui setakat ini.

Berkaitan

  • "Bapa PlayStation" Anggap Bantahan Terhadap Penghentian Cakera Fizikal Mungkin Isu Mentaliti
  • Sony Dilapor Tamatkan Pengeluaran Pemain UHD Blu-ray

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY