HONOR 9X Pro, MagicBook Dan MagicWatch 2 Edisi Rose Gold Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 Mac

HONOR sebelum ini telah mengesahkan komputer riba MagicBook bakal ditawarkan dalam pasaran tempatan. Kini, secara rasmi syarikat itu telah mendedahkan tarikh pelancaran bagi tiga barisan produk Intelligent Lifestyle iaitu HONOR 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 edisi Rose Gold. Ketiga-tiga produk ini bakal dilancarkan secara dalam talian pada 24 Mac ini.

HONOR 9X Pro




Dengan skrin penuh berukuran 6.59 inci, HONOR 9X Pro dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 810, RAM 6GB dengan storan dalaman 256GB. Telefon pintar ini turut menyokong tambahan storan melalui kad mikroSD sehingga 512GB.

Didatangkan dengan sistem penyejukan cecair, 9X Pro mempunyai tri-kamera belakang yang terdiri daripada 48MP+ 8MP + 2MP dan kamera selfie pop-up. Antara ciri lain telefon pintar ini termasuk mempunyai sokongan bicu audio 3.5mm serta butang kuasa dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi kanan.

HONOR MagicBook




HONOR MagicBook dijana cip pemprosesan empat teras AMD Ryzen 5 3500U dengan RAM 8GB DDR4. Untuk storan dalaman pula, ia mempunyai storan SSD 512GB serta paparan IPS LCD saiz 14 inci dengan resolusi 1920 x 1080.

Komputer riba ini dilengkapi dengan kapasiti bateri 57.4Wh dan kepala pengecasan dua dalam satu yang juga menyokong pengecasan HONOR Quick Charge bagi telefon pintar. Selain itu, MagicBook hadir dengan pengecasan pantas 65W Type-C, sistem audio Dolby dan bicu audio 3.5mm serta sokongan Magic Link 2.0.

HONOR MagicWatch 2 Edisi Rose Gold


HONOR MagicWatch 2 Rose Gold Malaysia

Terdahulu, HONOR telah melancarkan MagicWatch 2 versi Charcoal Black, saiz 46mm dengan harga RM699 dan diikuti MagicWatch 2 Flax Brown dengan harga RM749. Kini, HONOR bakal melancarkan MagicWatch 2 dengan warna baru yang lebih elegan, Rose Gold untuk pasaran tempatan.

HONOR MagicWatch 2 Rose Gold dengan saiz 42mm ini mempunyai tali yang diperbuat daripada logam dengan kerangka keluli tahan karat dan bezel berwarna rose gold di sekitar paparan skrin dengan saiz skrin 1.2 inci AMOLED.

Jam pintar ini mempunyai 15 mod kecergasan, panduan suara dan sebagainya. Selain mod yang pelbagai, ia juga dilengkapi dengan keupayaan main balik muzik, mempunyai mikrofon dan pembesar suara yang terbina, storan dalaman 4GB, penarafan kalis air 50m dan bateri yang mampu bertahan sehingga 7 hari.

Untuk maklumat lanjut bagi penawaran harga dan butiran lain berkaitan HONOR 9X Pro, MagicBook dan MagicWatch 2 edisi Rose Gold, nantikan pelancaran pada 24 Mac di pautan ini.