Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shorts – Static

HBO Max Perkenal Suapan Video Menegak Seperti TikTok, Turut Uji Carian Berasaskan AI

Diterbitkan Julai 29, 2026 ยท Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh Amalina Athman

HBO Max kini memperkenalkan dua ciri baharu pada aplikasi mudah alihnya di Amerika Syarikat. Ciri tersebut ialah suapan video menegak HBO Max Shorts dan Ask HBO Max, iaitu carian menggunakan bahasa semula jadi yang dikuasakan AI.

HBO Max Shorts memaparkan treler, klip dan kandungan tambahan dalam bentuk video menegak yang boleh ditatal. Cadangan yang dipaparkan disesuaikan mengikut sejarah tontonan setiap pengguna, dan jika sesuatu siri atau filem menarik perhatian, ia boleh terus dimainkan atau disimpan ke dalam “My List” daripada suapan yang sama.

Pada peringkat awal, ciri ini sedang diuji kepada sebahagian pengguna iPhone di Amerika Syarikat sebelum diperluaskan ke lebih banyak peranti dan pasaran.

Shorts – Static

Menurut HBO Max, klip yang dipaparkan dibantu oleh alat AI yang dibangunkan secara dalaman. AI digunakan untuk mengenal pasti babak yang berpotensi menarik perhatian berdasarkan metadata setiap babak, namun pemilihan akhir tetap dibuat oleh penyunting (human editors) sebelum klip diterbitkan dalam format video menegak.

Pengenalan ciri ini menjadikan HBO Max sebagai platform penstriman terkini yang menawarkan suapan video menegak, selepas Netflix dan Disney+ memperkenalkan ciri yang sama sebelum ini. Format ini menawarkan pengalaman yang hampir menyerupai cara pengguna menatal video di aplikasi seperti TikTok.

Selain itu, HBO Max turut menguji ciri Ask HBO Max untuk pengguna dewasa di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, ia ditawarkan pada peranti Android dan boleh diakses menerusi halaman carian.

Berbeza dengan carian biasa, pengguna boleh menaip permintaan dalam bahasa harian seperti “nak tengok komedi” atau “drama keluarga” dan sistem akan memahami maksud carian sebelum mencadangkan kandungan yang bersesuaian.

Conversational_Search_group_PR 1

Warner Bros. Discovery berkata kedua-dua ciri ini dibangunkan bagi menjadikan proses mencari kandungan lebih pantas dan mudah, dengan perancangan untuk memperluaskannya ke lebih banyak peranti serta pasaran pada masa akan datang.

Berkaitan

  • 'Bundle' HBO Max, Viu Kini Tersedia - Harga RM33.90/Bulan
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Disney+ Perkenal 'Verts' - Suapan Video Menegak Seakan Tiktok
  • Aplikasi Mudah Alih Netflix Tampil Wajah Baharu, Kini Ada Ciri 'Clips'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY