Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apps Netflix new UI

Aplikasi Mudah Alih Netflix Tampil Wajah Baharu, Kini Ada Ciri ‘Clips’

Diterbitkan April 30, 2026 · Dikemas kini April 30, 2026 oleh Amalina Athman

Netflix tahun lalu mengemas kini antara muka TV mereka, dan kini giliran aplikasi mudah alih pula diberikan “nafas baharu”.

Kemas kini yang dilancarkan hari ini membawa reka bentuk lebih ringkas dengan navigasi yang dipermudahkan, serta paparan kandungan dalam format menegak yang lebih sesuai dengan penggunaan telefon.

Apps Netflix new UI

Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah ‘Clips’, iaitu suapan (feed) video pendek dalam format menegak. Melaluinya, pengguna boleh melihat klip ringkas daripada siri, filem dan rancangan khas yang disesuaikan dengan minat masing-masing. Ia direka untuk membantu pengguna membuat pilihan tontonan dengan lebih cepat tanpa perlu menatal terlalu lama.

Apps Netflix new UI_2

Daripada suapan ini juga, pengguna boleh terus menambah kandungan ke dalam “My List”, berkongsi klip kepada rakan melalui mesej atau media sosial, serta meneroka lebih banyak cadangan yang disesuaikan mengikut keperluan seperti tontonan keluarga atau hiburan santai.

Netflix juga menyatakan Clips akan diperluaskan pada masa hadapan untuk turut menyokong podcast, siaran langsung dan koleksi berdasarkan genre atau minat tertentu.

Apps Netflix new UI_3
Koleksi ‘Clips’ yang akan diuji tidak lama lagi.

Kemas kini ini sudah tersedia bermula hari ini di beberapa negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, UK, Australia, Kanada, Filipina, Kanada dan akan dilancarkan secara berperingkat ke seluruh dunia dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Berkaitan

  • Netflix Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Netflix Perkenal Aplikasi Playground Untuk Kanak-Kanak - Bebas Iklan, Tiada Pembelian Dalam Aplikasi
  • Netflix Bakal Lancar Suapan Video Menegak Hujung Bulan Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY