Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, Apple

Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi – Kini Bermula RM2,799

Diterbitkan Oktober 29, 2026 · Dikemas kini Oktober 29, 2026 oleh Amalina Athman

Apple nampaknya sekali lagi menaikkan harga MacBook Neo di Apple Education Store, dengan harga kini bermula RM2,799 berbanding RM2,599 sebelum ini.

Kenaikan sebanyak RM200 ini menjadikan harga pendidikan MacBook Neo meningkat sebanyak RM700 sejak komputer riba itu diperkenalkan pada Mac lalu.

Ketika dilancarkan, MacBook Neo dengan storan 256GB ditawarkan pada harga pendidikan RM2,099, manakala model 512GB berharga RM2,499 melalui Apple Education Store.

MacBook Neo Edu Price latest Oct 2026_2
Harga terkini MacBook Neo di Apple Education Store
MacBook Neo Edu Price September 2026_1
Harga sebelum ini
MacBook Neo Edu price Mac 2026_1
Harga ketika pelancaran

Berdasarkan semakan ketika artikel ini ditulis, kenaikan kali ini hanya melibatkan harga di Apple Education Store. Sementara itu, harga jualan biasa MacBook Neo di Apple Store kekal tidak berubah sejak kali terakhir dinaikkan pada Jun lalu.

Bagi harga jualan biasa, MacBook Neo 256GB pada awalnya dijual pada harga RM2,499, manakala model 512GB berharga RM2,899. Pada Jun lalu, Apple menaikkan harga model 256GB sebanyak RM500 kepada RM2,999, sementara model 512GB naik kepada RM3,399.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MacBook Neo Kini Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM2,499
  • MacBook Neo Terlalu Berjaya – Apple Terpaksa Gandakan Pengeluaran, Tapi Risiko Harga Naik Masih Ada
  • Semua Model Mac Turut Naik Harga - MacBook Neo Kini Bermula RM2,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY