Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Neo malaysia_1

MacBook Neo Kini Tiba Di Malaysia, Harga Dari RM2,499

Diterbitkan April 6, 2026 · Dikemas kini April 6, 2026 oleh Amalina Athman

Apple secara rasmi kini membawa masuk model mampu milik, Macbook Neo, ke pasaran Malaysia.

MacBook Neo malaysia_2

Mengimbas kembali, MacBook Neo menampilkan skrin bersaiz 13-inci dengan paparan Liquid Retina tanpa takuk.

Ia merupakan Mac pertama yang menggunakan cip iPhone, iaitu cip A18 Pro, yang dilengkapi 6-teras CPU, 5-teras GPU dan 16-teras Neural Engine.

MacBook Neo dipadankan dengan 8GB RAM yang tidak boleh dinaik taraf, bersama pilihan storan 256GB dan 512GB. Terdapat perbezaan antara kedua-dua pilihan storan, di mana model 512GB hadir dengan sokongan Touch ID.

MacBook Neo Kini Rasmi – Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499

Untuk sambungan, ia menyediakan bicu audio 3.5mm, USB-C 2 dan USB-C 3. Menurut Apple, model ini mampu menawarkan ketahanan bateri sehingga 16 jam untuk sekali pengecasan.

Selain itu, ia dilengkapi kamera 1080p FaceTime HD, Magic Keyboard, trackpad Multi-Touch, Spatial Audio serta sistem operasi macOS Tahoe yang turut menyokong Apple Intelligence.

Harga dan ketersediaan

MacBook Neo malaysia_4

Empat pilihan warna tersedia iaitu Silver, Indigo, Blush dan Citrus. Di Malaysia, MacBook Neo ditawarkan pada harga bermula RM2,499 untuk 256GB dan RM2,899 bagi 512GB storan. Sementara itu, harga pendidikan untuk model 256GB dan 512GB masing-masing bermula pada RM2,099 dan RM2,499.

Pesanan sudah boleh dibuat bermula hari ini, dengan penghantaran akan bermula minggu depan. Untuk pembelian, layari laman rasmi Apple Malaysia atau Education Store.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MacBook Neo Kini Rasmi - Cip A18 Pro, Harga Bermula RM2,499
  • MacBook Neo RM2499: Ini Pandangan Saya Sebagai Pengguna Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY