Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 pro concept_

Harga iPhone 17 Dijangka Naik Sekitar RM200

Diterbitkan Julai 31, 2025 ยท Dikemas kini Julai 31, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dijangka akan menaikkan harga sekitar $50 (~RM212) untuk semua model iPhone 17 apabila ia dilancarkan September ini. Menurut laporan penganalisis Jefferies, Edison Lee, langkah ini diambil untuk menampung peningkatan kos komponen serta kesan tarif dari China.

Kenaikan ini dijangka melibatkan kesemua model, termasuk iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.

Sebelum ini, The Wall Street Journal turut melaporkan bahawa Apple sedang mempertimbangkan kenaikan harga untuk barisan iPhone 17.

Difahamkan, syarikat itu merancang untuk menyertakan ciri dan rekaan baharu bagi “mengimbangi” harga lebih tinggi, berbanding menyalahkan tarif ke atas produk dari China sebagai punca utama.

Namun begitu, ia masih sekadar jangkaan awal. Jika melihat corak tahun lalu, iPhone 16 kekal pada harga sama di Amerika Syarikat. Di beberapa pasaran lain, termasuk Malaysia, ia pula ditawarkan pada harga lebih rendah.

Sebagai rujukan, harga pelancaran iPhone 16 bermula dari RM3,999, berbanding RM4,399 untuk iPhone 15. Sementara itu, iPhone 16 Pro ditawarkan pada harga bermula RM4,999, berbanding RM5,499 untuk iPhone 15 Pro.

Penurunan harga tahun lalu dipercayai dipengaruhi oleh penyusutan dolar AS. Sama ada trend ini akan berulang, semuanya bergantung kepada faktor pasaran dan pengumuman rasmi Apple nanti.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Tiada 'Sky Blue', Imej Tertiris Dedah Warna Baharu iPhone 17 Pro
  • iPhone 17 Air Dilapor Satu-Satunya Model Dengan Bingkai Titanium
  • Gambar Terbaharu Ini Kuatkan Teori Rekaan iPhone 17

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY